‎CIS tunai zakat RM500,000, santuni anak yatim dan asnaf

KOTA KINABALU – Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) terus memperkukuh komitmennya terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR) apabila menunaikan zakat perniagaan bagi tahun 2025 berjumlah RM500,000 kepada Pusat Zakat Sabah.

‎Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim berkata, sebagai syarikat milik kerajaan negeri, CIS bukan sahaja memainkan peranan dalam menyokong pembangunan ekonomi Sabah, tetapi turut komited menyalurkan sebahagian keuntungan kepada golongan yang memerlukan melalui pembayaran zakat.

‎“Sebagai sebuah syarikat milik kerajaan negeri, kita bukan sahaja memikul tanggungjawab menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Sabah, tetapi juga berkongsi rezeki dengan masyarakat melalui agihan zakat.

‎“Kami berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan perbelanjaan golongan miskin dan asnaf, khususnya dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba,” ujarnya kepada media selepas menyampaikan cek cura kepada Pusat Zakat Sabah di salah sebuah hotel, di sini pada Sabtu.

Zakat berkenaan disampaikan oleh Japlin kepada Ketua Penolong Setiausaha Zakat dan Fitrah MUIS, Iwansuzairie Hari yang mewakili Pusat Zakat Sabah.

Selain penyerahan zakat, CIS turut menganjurkan Majlis Iftar Bersama-sama 60 anak yatim dan asnaf daripada beberapa institusi kebajikan termasuk Rumah Anak Yatim & Asnaf As Sakinah, Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah dan Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah yang menerima sumbangan RM2,000 bagi setiap institusi.

‎Mnurut Japlin, inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen berterusan CIS dalam menyokong usaha kebajikan serta membantu golongan asnaf dan masyarakat yang memerlukan di Sabah.

Tambahnya, majlis tersebut turut menjadi platform mengeratkan hubungan antara sektor korporat, agensi kerajaan dan masyarakat dalam semangat kebersamaan, khususnya sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

‎Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusof, Timbalan Yang Dipertua MUIS, Datuk Malai Ali Malai Ahmad serta pengurusan CIS.

Related Posts

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki menjadikan minyak masak peket bersubsidi sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis, di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Undang-undang baharu fokus tadbir urus universiti, hak mahasiswa terpelihara

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Putra cadang Akta Sabotaj Ekonomi Negara tangani salah guna kuasa

Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen

Kabinet tak bincang undang-undang khusus peruntukan sama rata Ahli Parlimen

Kajian gabungan elemen GST-SST belum ditetapkan tempoh – Fahmi

Kajian gabungan elemen GST-SST belum ditetapkan tempoh – Fahmi

RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos

RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos