Projek Saratok Waterfront di tebingan Sungai Krian bakal dilaksana

SARATOK – Perancangan pembinaan projek Saratok Waterfront di tebingan Sungai Krian sedang dilaksanakan secara teliti bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar serta memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, perkara tersebut dibincangkan dalam Sesi Khas Perbincangan Projek Waterfront dan Projek Bina Baharu Parit di sebelah Pejabat Daerah Saratok yang diadakan pada Jumaat.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid yang juga Pengerusi Majlis Daerah Saratok (MDS).

Menurut Mohamad, perbincangan tersebut memfokuskan kepada perancangan pembangunan Saratok Waterfront di Tebingan Sungai Krian yang akan dilaksanakan di bawah Betong Division Development Agency (BDDA).

“Projek Saratok Waterfront ini dirancang dengan teliti supaya pelaksanaannya tidak menjejaskan aktiviti harian masyarakat setempat, khususnya para peniaga kecil yang berniaga di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau menambah, antara perkara yang turut dibincangkan ialah melibatkan penjaja harian seperti peniaga sayur-sayuran, kuih-muih dan kedai minuman yang lokasi perniagaan mereka terlibat dengan pembinaan projek tersebut.

“Lokasi pemindahan mereka telah dikenal pasti dan kita akan membina penempatan gerai sementara di bawah projek RTP ADUN Kalaka bagi memastikan peniaga dapat meneruskan perniagaan seperti biasa,” jelasnya.

Tambah beliau lagi, pihak perunding turut memastikan semua peniaga berlesen yang terjejas akan ditempatkan di Medan Niaga baharu dalam kawasan projek Saratok Waterfront apabila projek itu siap kelak.

“Saya berharap semua agensi kerajaan, para peniaga dan masyarakat setempat dapat memberikan kerjasama bagi memastikan projek Saratok Waterfront di tebingan Sungai Krian ini dapat direalisasikan dan disiapkan mengikut jadual,” katanya.

Dalam masa yang sama, mesyuarat turut membincangkan cadangan pembinaan sistem perparitan baharu dari Taman Muhibbah melalui kawasan sebelah Pejabat Daerah Saratok bagi mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku di Pasar Saratok.

Projek perparitan tersebut dijangka akan ditender dalam masa terdekat oleh Majlis Daerah Saratok.

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi