Jualan Rahmah Mega Aidilfitri di Kemaman tarik hampir 2,000 pengunjung

KEMAMAN – Program Jualan Rahmah Mega Aidilfitri Peringkat Daerah Kemaman 2026 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kemaman mendapat sambutan menggalakkan apabila hampir 2,000 pengunjung hadir memanfaatkan pelbagai tawaran barangan keperluan pada harga lebih rendah, baru-baru ini.

Program yang berlangsung di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permai Kemaman itu dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Kemaman, Komuniti MADANI Kampung Gong Limau serta pihak sekolah.

Pengunjung yang hadir berpeluang mendapatkan pelbagai barangan keperluan asas melalui inisiatif Jualan Rahmah pada harga lebih murah berbanding pasaran, sekali gus membantu meringankan perbelanjaan menjelang sambutan Aidilfitri.

Selain itu, beberapa reruai jualan turut disediakan termasuk jualan kuih raya oleh usahawan tempatan bagi memeriahkan lagi program berkenaan.

Dalam masa sama, pengunjung turut berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan percuma yang disediakan oleh Klinik Al-Hijraa sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan.

Antara tarikan utama program tersebut ialah tawaran daging lembu pada harga serendah RM19 sekilogram, ayam segar RM5.99 sekilogram serta minyak masak paket bersubsidi yang dijual lebih rendah daripada harga pasaran.

Penganjuran program seumpama ini bukan sahaja membantu rakyat mendapatkan barangan pada harga berpatutan, malah mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan, komuniti setempat dan institusi pendidikan dalam menyantuni masyarakat menjelang Aidilfitri.

Related Posts

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

TEMERLOH – Seni persilatan bukan sekadar warisan bangsa yang perlu dipelihara malah berpotensi menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan serta pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang menerusi penganjuran pelbagai program berteraskan budaya dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

KUALA PILAH: Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu, Datuk Ismail Lasim mengumumkan cuti peristiwa esok, 3 Ogos (Isnin), sebagai penghargaan kepada rakyat negeri yang menjayakan proses demokrasi Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

  • By Aden
  • August 2, 2026
Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Jasa penderma darah terus dihargai

Jasa penderma darah terus dihargai