Projek gantian penuh kemudahan SK Babang capai kemajuan 83.34 peratus

SARATOK – Projek pembinaan gantian penuh kemudahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Babang di bawah Program Daif Sarawak 2022 kini mencatat kemajuan fizikal sebanyak 83.34 peratus setakat 25 Februari tahun ini.

Menurut kenyataan media Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, projek berkenaan dijangka diserahkan secara berperingkat, dengan penyerahan bagi peringkat pertama dijadualkan pada 30 April, manakala peringkat kedua pada 31 Oktober depan.

Projek itu melibatkan pembinaan gantian penuh yang merangkumi enam bilik darjah, satu unit prasekolah, asrama pelajar, enam unit rumah guru serta pelbagai kemudahan sokongan lain bagi meningkatkan prasarana pendidikan di sekolah berkenaan.

Pelaksanaannya merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk menggantikan bangunan sekolah daif dengan kemudahan yang lebih selamat, moden dan kondusif kepada warga sekolah.

Bagi peringkat pertama, skop pembinaan merangkumi sebuah blok baharu tiga tingkat yang menempatkan kemudahan pentadbiran, akademik dan kantin, selain sebuah blok setingkat bagi unit prasekolah baharu.

Turut dibina pada peringkat tersebut ialah blok asrama setingkat, blok dewan makan, serta blok dua tingkat yang menempatkan enam unit rumah guru.

Projek ini juga melibatkan pembinaan kemudahan sokongan seperti pondok pengawal, pusat pengumpulan sampah, bilik pam, selain kerja-kerja mekanikal dan elektrikal (M&E) serta kejuruteraan awam dan struktur (C&S) yang berkaitan.

Sementara itu, peringkat kedua pula melibatkan pembinaan padang bola sepak baharu serta kerja-kerja landskap bagi melengkapkan keseluruhan kemudahan di kawasan sekolah berkenaan.

Projek ini dijangka memberi manfaat besar kepada murid, guru serta kakitangan SK Babang dengan menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang lebih selamat, selesa dan kondusif.

Foto: JKR Sarawak

Related Posts

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

TEMERLOH – Seni persilatan bukan sekadar warisan bangsa yang perlu dipelihara malah berpotensi menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan serta pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang menerusi penganjuran pelbagai program berteraskan budaya dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

KUALA PILAH: Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu, Datuk Ismail Lasim mengumumkan cuti peristiwa esok, 3 Ogos (Isnin), sebagai penghargaan kepada rakyat negeri yang menjayakan proses demokrasi Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

  • By Aden
  • August 2, 2026
Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Jasa penderma darah terus dihargai

Jasa penderma darah terus dihargai