Aidilfitri: Polis Sarawak lulus 572 permit jual bunga api, 10 peratus anggota cuti

KUCHING – Polis Kontinjen Sarawak meluluskan sebanyak 572 permit bagi penjualan bunga api jenis ‘Happy Boom’ dan ‘Pop-pop’ sempena sambutan Aidilfitri pada tahun ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, kelulusan tersebut diberikan hasil daripada 584 permohonan yang diterima oleh pihaknya di seluruh negeri.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu Program Jalinan Kasih Ramadan PDRM Kontinjen Sarawak di Bazar Ramadan Satok pada Rabu. 

Mengulas lanjut, beliau menasihatkan orang ramai agar bermain bunga api secara berhemah dan tidak berterusan sehingga larut malam.

“Langkah ini penting supaya aktiviti berkenaan tidak mengganggu ketenteraman serta masa rehat penduduk di kawasan sekitar,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Mohamad Zainal memaklumkan hanya 10 peratus daripada keseluruhan kira-kira 11,000 pegawai dan anggota polis di kontinjen Sarawak dibenarkan bercuti sebelum dan selepas perayaan Hari Raya ini.

Bagi menghargai pengorbanan mereka yang terus berkhidmat, beliau berkata anggota bertugas telah menerima sumbangan bekalan makanan daripada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi menceriakan lagi suasana hari raya mereka.

Sementara itu, menjelang musim perayaan ini, pihak polis bakal melancarkan kempen Op Selamat dalam masa terdekat. 

Mengambil iktibar daripada peningkatan lima kes kemalangan maut yang direkodkan pada Op Selamat lalu, beliau mengingatkan pengguna jalan raya untuk sentiasa berwaspada, menyelenggara kenderaan dengan baik, dan memandu secara berhati-hati.

Tegasnya, selain keselamatan jalan raya, polis turut menitikberatkan keselamatan harta benda.

“Orang awam yang merancang untuk pulang ke kampung disaran agar melaporkan ketiadaan penghuni di rumah masing-masing menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP), panggilan telefon, atau dengan mengisi borang pemakluman di balai polis berhampiran bagi tujuan pemantauan,” ujarnya.

Related Posts

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

SEREMBAN – Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebahagian pengundi yang ditemui memilih untuk menilai rekod pentadbiran dan kestabilan kerajaan negeri berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

JEMPOL – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Tabung Haji perlu didedahkan segera kepada umum demi menjunjung prinsip ketelusan, akauntabiliti dan keadilan, selain membolehkan rakyat menilai sendiri dapatan siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah