723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri, yang merupakan inisiatif berterusan kerajaan bagi menyokong dan meringankan beban golongan kurang bernasib baik.

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, program itu bukan sekadar acara tahunan, malah telah menjadi tradisi kerajaan sejak lebih dua dekad lalu.

Menurutnya, ia bertujuan memastikan kesejahteraan penerima bantuan kebajikan di negeri ini sentiasa terjaga dan mendapat perhatian sewajarnya.

“Majlis Sejambak Kasih bukan sahaja menyediakan sumbangan tunai dan barangan keperluan asas, malah mencerminkan komitmen kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat serta keharmonian masyarakat majmuk di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Sejambak Kasih Aidilfitri Bahagian Sibu di sebuah hotel pada Isnin.

Pada majlis tersebut, setiap penerima yang hadir menerima wang tunai RM100 berserta hamper bernilai RM80.

Bagi mereka yang tidak hadir, sumbangan berkenaan akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing. Kesemua penerima yang terdiri daripada golongan asnaf itu menetap di sekitar daerah Sibu, Kanowit dan Selangau.

Mohammad Razi yang turut menyempurnakan penyerahan sumbangan secara simbolik menegaskan bahawa bantuan itu tidak hanya untuk meringankan beban kewangan, tetapi turut berfungsi sebagai sokongan moral agar golongan sasar dapat meningkatkan kualiti hidup.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak terus komited menyalurkan bantuan kebajikan secara berterusan kepada rakyat.

Berdasarkan statistik dari Januari hingga Disember 2025, sejumlah RM299.79 juta telah diagihkan kepada 57,073 penerima bantuan bulanan di seluruh negeri.

Bagi Bahagian Sibu sahaja, rekod pada Februari 2026 menunjukkan seramai 5,670 penerima telah disantuni dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM2.57 juta.

“Skim bantuan yang disediakan termasuklah Bantuan Warga Emas, Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Am, Elaun Pekerja OKU, Bantuan Penjagaan OKU atau Pesakit Kronik Terlantar, serta Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja.

“Oleh itu, kami menyeru penerima agar menggunakan sumbangan ini dengan bijaksana dan memanfaatkannya ke arah meningkatkan taraf hidup,” tambahnya.

Foto: MySaribas Sarawak

Related Posts

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

TELUK INTAN – Dua remaja perempuan maut, manakala seorang kanak-kanak lelaki cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta di Jalan Padang Tembak di sini, petang Ahad.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

KANGAR – Satu bungkusan guni reput yang disyaki mengandungi rangka manusia ditemukan di sebuah kebun berhampiran sebuah kilang di Behor Mali, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Biarpun ada pihak mahu ‘bungkus’ Anthony, Amirudin yakin DUN Chennah kekal milik PH

Biarpun ada pihak mahu ‘bungkus’ Anthony, Amirudin yakin DUN Chennah kekal milik PH

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

Sepang kembali dalam kalendar Formula 1, GP Bahrain 2026 diadakan di Malaysia

Sepang kembali dalam kalendar Formula 1, GP Bahrain 2026 diadakan di Malaysia

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong