MoT ambil langkah mitigasi pastikan operasi pelabuhan tidak terjejas

BEBERAPA langkah mitigasi akan dilaksana kerajaan dalam memastikan operasi pelabuhan negara tidak terjejas susulan konflik antara Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran yang menjejaskan pergerakan maritim di Selat Hormuz.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, perkara itu dibincangkan dalam pertemuan bersama pihak pengurusan pelabuhan, syarikat perkapalan serta pihak berkuasa industri maritim negara pagi Isnin.

Menurut beliau, langkah terbabit diambil bagi merencanakan langkah segera menghadapi kemungkinan gangguan kepada rantaian logistik global.

“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, krisis sedemikian sering menyebabkan kesesakan pelabuhan di negara kita kerana kontena ke kawasan konflik akan dibiarkan oleh syarikat perkapalan.

“Perkara itu sekali gus menjejaskan operasi harian import dan eksport, seterusnya kilang-kilang,” katanya dalam hantaran di Facebooknya, pada Isnin.

Selat Hormuz yang terletak di antara Iran dan Oman adalah antara laluan perkapalan minyak paling penting di dunia, dengan kira-kira satu per lima daripada penggunaan minyak global melalui laluan sempit itu setiap hari.

Mengulas lanjut, Loke memaklumkan, sebagai langkah awal, kerajaan akan mempermudah pemindahan kontena kosong dari kawasan pelabuhan bagi mengelakkan kesesakan.

Manakala, beliau menegaskan, pihak pengurusan pelabuhan akan melaksanakan pemeriksaan yang lebih menyeluruh dan terperinci.

“Langkah tersebut bagi memastikan kontena yang destinasinya tidak jelas tidak diturunkan di pelabuhan negara.

“Kementerian Pengangkutan (MoT) turut mengambil maklum cabaran kos bahan api yang dihadapi pelabuhan tempatan.

“MoT akan bekerjasama dengan pelabuhan tempatan bagi mewujudkan mekanisme untuk menangani isu terbabit ketika berlakunya krisis,” katanya.

Loke berkata, kerajaan juga sedang berusaha membantu kapal Malaysia yang terkandas di Asia Barat akibat risiko serangan sekiranya mereka meneruskan pelayaran.

“Dalam menghadapi krisis nasional, semua pemegang taruh mesti bekerjasama dan saling membantu untuk melindungi kepentingan negara,” katanya.

Related Posts

Teknologi komunikasi maju, warisan lama jangan ditinggalkan – Fahmi

KANGAR – Kemajuan teknologi komunikasi yang semakin pantas perlu diterima tanpa mengabaikan nilai sejarah dan warisan komunikasi tradisional yang membentuk perjalanan masyarakat sejak sekian lama. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hampir 90 peratus kandungan diturunkan MCMC berkait scam, judi dalam talian

KANGAR – Scam dan judi dalam talian merangkumi hampir 90 peratus daripada keseluruhan kandungan yang diturunkan atas permintaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah