Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

DATUK Seri Dr Zaliha Mustafa menafikan dakwaan bahawa beliau pernah menjemput seorang individu ke majlis perasmian atau pecah tanah bagi penempatan baharu etnik Rohingya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) itu berkata, dakwaan yang dikaitkan dengan sekeping gambar beliau bersama individu terbabit adalah tidak benar dan berniat jahat.

Menurutnya, beliau tidak mengenali individu berkenaan secara peribadi serta tidak mempunyai sebarang hubungan atau urusan dengannya, sama ada secara rasmi mahupun tidak rasmi.

“Saya juga tidak pernah menghadiri, merasmikan atau terlibat dalam mana-mana majlis perasmian atau pecah tanah bagi tujuan mewujudkan penempatan Rohingya seperti yang didakwa,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Zaliha berkata, berdasarkan semakan, gambar yang kini tersebar dipercayai dirakam ketika berlangsungnya ASEAN Sustainable Urbanisation Forum (ASUF), ASEAN Governors and Mayors Forum (AGMF) dan Meeting of Governors and Mayors of ASEAN Capitals (MGMAC) 2025 di Kuala Lumpur Convention Centre pada 12 Ogos 2025.

Katanya, pada ketika itu beliau dijemput menyampaikan Special Address sebelum menghadiri Majlis Perasmian Bersama program berkenaan yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, program berkenaan terbuka kepada orang awam untuk mendaftar sebagai peserta dan beliau tentunya tidak mengetahui identiti setiap individu yang hadir.

“Sekeping gambar bersama seseorang peserta tidak bermaksud saya mengenalinya, mempunyai hubungan dengannya, menjemputnya secara peribadi atau menyokong pandangan mahupun tindakannya,” kongsinya di Facebook pada Ahad.

Dalam pada itu, Dr Zaliha berkata, ketika menerajui Wilayah Persekutuan, beliau menubuhkan KL Strike Force sebagai mekanisme penguatkuasaan bersepadu bagi menangani isu keselamatan dan ketenteraman awam di Kuala Lumpur, termasuk lambakan warga asing serta penempatan haram warga Rohingya.

Menurutnya, operasi pertama KL Strike Force adalah menggempur penempatan haram warga Rohingya di Bandar Baru Sentul.

Beliau berkata, menerusi mekanisme itu, tindakan turut ditegaskan terhadap penempatan dan struktur haram, perniagaan tanpa lesen serta aktiviti warga asing yang tidak mempunyai kebenaran sah.

Pada masa sama, katanya, peniaga tempatan yang layak dipermudah melalui proses pemutihan, pelesenan dan penempatan semula ke lokasi perniagaan lebih teratur menerusi inisiatif Lestari Niaga.

“Justeru, dakwaan bahawa saya pernah menghadiri, merasmikan, menyokong atau memudah cara suatu penempatan baharu Rohingya bukan sahaja tidak benar, malah bercanggah dengan rekod tindakan saya sendiri,” katanya.

Dr Zaliha turut menyeru orang ramai supaya tidak mengambil sekeping gambar di luar konteks untuk membina naratif yang tidak berasaskan fakta.

Beliau berkata, laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan dibuat berhubung penyebaran hantaran berkenaan untuk penelitian dan tindakan sewajarnya mengikut undang-undang.

Related Posts

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

KERAJAAN Negeri Terengganu tidak boleh sekadar meraikan penurunan hutang dan peningkatan hasil melalui slogan politik tanpa menjelaskan secara menyeluruh kedudukan kewangan negeri serta manfaat sebenar yang diterima rakyat. Rencana terbaharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

PILIHAN politik seseorang tidak seharusnya dijadikan ukuran terhadap iman dan kecintaan seseorang kepada Islam, kata bekas Imam Masjid Rusila, Ustaz Zuliadin Abdullah. Beliau berkata, seseorang Muslim boleh memilih untuk tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah