Hampir 90 peratus kandungan diturunkan MCMC berkait scam, judi dalam talian

KANGAR – Scam dan judi dalam talian merangkumi hampir 90 peratus daripada keseluruhan kandungan yang diturunkan atas permintaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, dua kategori itu membabitkan kira-kira 85 hingga 90 peratus daripada keseluruhan kandungan dalam talian yang diminta MCMC supaya diturunkan oleh penyedia platform.

Menurutnya, setakat ini hampir 500,000 kandungan secara keseluruhan sudah diturunkan menerusi tindakan berkenaan.

“Memang banyak tindakan MCMC untuk menurunkan kandungan berkait jenayah scam dan maklumat palsu yang disebarkan.

“Kebiasaannya hampir 90 peratus ataupun lebih kurang 85 hingga 86 peratus kandungan dalam talian yang MCMC minta platform turunkan adalah judi dalam talian dan scam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Program MADANI Kita di Dewan Warisan di sini hari ini.

Fahmi pada masa sama mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati terhadap akaun media sosial yang menyamar sebagai agensi kerajaan.

Katanya, terdapat akaun khususnya di TikTok yang menyalahgunakan jata kerajaan serta memaparkan grafik kononnya menawarkan pendaftaran untuk mendapatkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bantuan bulanan dan pelbagai bantuan lain.

“Sebarang maklumat terutama di media sosial kita harus semak silang dan buat semakan sama ada dengan media arus perdana ataupun dengan laman web rasmi.

“Apa-apa aplikasi atau pendaftaran bagi perkhidmatan dan bantuan hanya melalui saluran rasmi agensi kerajaan, bukan melalui laman media sosial dan sebagainya,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terus berkongsi kandungan yang diragui kesahihannya, sebaliknya membuat semakan terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, pelbagai perkhidmatan kerajaan kini boleh diakses secara dalam talian termasuk menerusi MyGOV Malaysia, MyJPJ dan aplikasi PriceCatcher, selain penggunaan MyDigital ID bagi urusan berkaitan.

Untuk rekod, pada 24 Mei lalu, Bernama melaporkan sebanyak 271,472 kandungan dalam talian diminta MCMC supaya diturunkan dengan kira-kira 91 peratus daripadanya membabitkan penipuan dan judi dalam talian.

Related Posts

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

PILIHAN politik seseorang tidak seharusnya dijadikan ukuran terhadap iman dan kecintaan seseorang kepada Islam, kata bekas Imam Masjid Rusila, Ustaz Zuliadin Abdullah. Beliau berkata, seseorang Muslim boleh memilih untuk tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

PUTRAJAYA – UMNO berdepan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi tanggungjawabnya terhadap institusi diraja dan adat Negeri Sembilan sekiranya gagal memainkan peranan menyelesaikan kemelut yang dilihat semakin meruncing dalam negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

Pemandu jengkaut maut, jentera terbalik dalam tasik

Pemandu jengkaut maut, jentera terbalik dalam tasik

‎PJRM rekod hampir 31.85 juta transaksi setakat 23 September ‎

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
‎PJRM rekod hampir 31.85 juta transaksi setakat 23 September ‎

‎Pelekat QR Takwim PJRM dipasang di premis tumpuan mulai 1 Oktober ‎

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
‎Pelekat QR Takwim PJRM dipasang di premis tumpuan mulai 1 Oktober ‎