Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

PILIHAN politik seseorang tidak seharusnya dijadikan ukuran terhadap iman dan kecintaan seseorang kepada Islam, kata bekas Imam Masjid Rusila, Ustaz Zuliadin Abdullah.

Beliau berkata, seseorang Muslim boleh memilih untuk tidak menyokong atau mengundi Pas atas pertimbangan politik yang berbeza, namun keadaan itu tidak bermakna individu berkenaan tidak mencintai Islam.

Menurut beliau, masyarakat tidak seharusnya mengangkat pilihan politik sehingga menjadi ukuran terhadap iman dan Islam seseorang.

“Tidak mengundi Pas bukan bermakna tidak cinta Islam. Islam bukan milik Pas. Islam bukan milik mana-mana parti politik. Dan ukuran kecintaan seseorang kepada Islam bukan semata-mata pada parti yang dia undi.

“Seorang Muslim boleh tidak mengundi Pas kerana dia mempunyai pertimbangan politik yang berbeza, tetapi dia tetap seorang Muslim dan tetap boleh mencintai Islam, mempertahankan agama dan beramal dengan ajaran Allah SWT.

“Kita jangan sampai mengangkat pilihan politik menjadi ukuran iman dan Islam seseorang,” katanya dalam satu catatan di Facebook pagi ini.

Beliau berkata, perbezaan pilihan politik juga tidak sepatutnya menyebabkan seseorang terus dilabel dengan gelaran tertentu, termasuk menggunakan ayat al-Quran di luar konteksnya.

“Kita boleh tegas menolak taasub. Kita boleh membantah politik yang mencampurkan parti dengan ukuran iman.

“Kita boleh menunjukkan bukti apabila ada kenyataan yang merendahkan atau mempertikaikan keIslaman orang lain. Tetapi jangan kita pula melampaui batas,” katanya.

Menurut beliau, perbezaan fikrah politik tidak sepatutnya menyebabkan saudara seagama dianggap sebagai musuh.

“Parti boleh berbeza. Ijtihad politik boleh berbeza. Tetapi Islam tetap milik Allah SWT, bukan milik mana-mana parti,” tambahnya lagi.

Pas pada 25 September lalu mencetuskan kontroversi apabila Naib Presiden parti itu, Datuk Mohd Amar Abdullah ketika berceramah berkata, orang yang tidak memahami Islam dan tidak mencintai Islam tidak akan menyokong Pas.

Mohd Amar turut berkata, seorang Muslim yang pergi ke Makkah banyak kali tetapi tidak mengundi Pas tetap berada dalam keadaan tidak memahami dan tidak mencintai Islam.

“Kalau orang tidak faham Islam, dia tidak cinta kepada Islam, dia tidak akan sokong Pas. Itu asas paling mudah.

“Walaupun dia (seseorang Muslim) boleh jadi orang Islam, dia pergi Makkah banyak kali, tapi kerana dia tidak faham dan dia tidak cinta kepada Islam, maka dia tak undi Pas,” katanya.

Kenyataan berkenaan kemudiannya mengundang kritikan, termasuk apabila Ustaz Zuliadin Abdullah menegaskan pilihan politik tidak sepatutnya dijadikan ukuran iman dan Islam seseorang.

Related Posts

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

PUTRAJAYA – UMNO berdepan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi tanggungjawabnya terhadap institusi diraja dan adat Negeri Sembilan sekiranya gagal memainkan peranan menyelesaikan kemelut yang dilihat semakin meruncing dalam negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli bagi mendapatkan penjelasan secara langsung berhubung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

Pemandu jengkaut maut, jentera terbalik dalam tasik

Pemandu jengkaut maut, jentera terbalik dalam tasik

‎PJRM rekod hampir 31.85 juta transaksi setakat 23 September ‎

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
‎PJRM rekod hampir 31.85 juta transaksi setakat 23 September ‎