Teknologi komunikasi maju, warisan lama jangan ditinggalkan – Fahmi

KANGAR – Kemajuan teknologi komunikasi yang semakin pantas perlu diterima tanpa mengabaikan nilai sejarah dan warisan komunikasi tradisional yang membentuk perjalanan masyarakat sejak sekian lama.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perubahan cara manusia berkomunikasi berlaku secara drastik apabila mesej yang suatu ketika dahulu mengambil masa beberapa hari atau minggu untuk sampai kini boleh dihantar ke seluruh dunia hampir serta-merta.

Namun katanya, perkembangan teknologi tidak seharusnya menyebabkan masyarakat melupakan nilai pendidikan dan sejarah yang terkandung dalam bentuk komunikasi tradisional.

“Walaupun kita berada dalam era digital, setem pos masih mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat.

“Ia berkembang melangkaui fungsi asalnya sebagai sebahagian daripada perkhidmatan pos dan kini menjadi rekod kecil yang menggambarkan sejarah serta identiti negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Palmares Pameran Setem Lima Negara Perlis, Malaysia 2026 di Dewan 2020 di sini semalam.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan merasmikan pameran antarabangsa tersebut. Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Dr. Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Menurut Fahmi, setem Malaysia selama ini merakam pelbagai peristiwa penting negara, Institusi Diraja, tokoh terkemuka, warisan budaya, pencapaian serta kepelbagaian biodiversiti negara.

Katanya, setem turut menyediakan rekod visual kepada generasi akan datang mengenai identiti negara dan pelbagai pencapaian penting yang dilalui Malaysia.

Dalam masa sama, beliau menyambut baik kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha memperkenalkan aktiviti mengumpul setem dan bidang filateli kepada generasi muda.

Menurutnya, sekeping setem mampu menjadi titik permulaan kepada golongan muda untuk meneroka sejarah, geografi, budaya, sains malah hubungan antarabangsa.

Fahmi berkata, bidang filateli perlu terus berkembang dan mencari pendekatan baharu supaya kekal relevan serta mampu menarik minat generasi muda.

Related Posts

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

KOTA KINABALU – Lagu Lumangad Oku Dika karya Ryenald Guntabid dinobatkan juara Anugerah Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-16 (CLAS16), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000.‎‎Pada pertandingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

SARATOK – Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM16,500 dan gelaran Raja Sungai menjadi taruhan 26 pasukan yang bakal berentap dalam Regatta Krian sempena Pesta Saratok 2026, dari 2 hingga 4…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX