JPJ boleh tahan kenderaan asing ada saman tertunggak

ARAU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi peringatan bahawa kenderaan warga asing yang mempunyai saman tertunggak boleh ditahan sekiranya dikesan berada di negara ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, tindakan itu diambil bagi memastikan pemilik kenderaan asing mematuhi undang-undang jalan raya sepanjang berada di Malaysia.

Menurut beliau, JPJ juga tidak akan mengeluarkan Permit Edaran Antarabangsa (ICP) sekiranya kenderaan warga asing berkenaan mempunyai saman tertunggak sehingga kesalahan tersebut diselesaikan.

“JPJ tidak akan mengeluarkan ICP sekiranya kenderaan warga asing tersebut mempunyai saman tertunggak sehingga saman itu diselesaikan.

“Selain itu, kenderaan yang mempunyai tunggakan saman juga boleh ditahan sekiranya didapati berada di negara ini,” katanya kepada media selepas Majlis Jalinan Ukhuwah Ramadan JPJ Perlis di sini malam tadi.

Beliau berkata, ICP yang sah selama 90 hari hanya dibenarkan untuk kegunaan kenderaan persendirian.

Katanya, penggunaan kenderaan tersebut bagi aktiviti lain termasuk urusan perniagaan di negara ini merupakan satu kesalahan.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan mana-mana kenderaan dari Thailand yang memasuki negara ini tanpa ICP dan berada melebihi dua kilometer dari pintu masuk sempadan boleh dikenakan tindakan oleh pihak penguat kuasa.

Sementara itu, katanya, JPJ akan memberi tumpuan kepada beberapa aspek lain sepanjang pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang dijangka bermula pada 13 Mac selama dua minggu.

Perincian mengenai operasi tersebut akan dimaklumkan dalam satu sidang media dalam masa terdekat.

Related Posts

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

KOTA KINABALU – Senator Datuk Phoong Jin Zhe menegaskan pendirian bahawa Sabah tidak seharusnya menjadi destinasi pelancongan bagi ‘scammer’ antarabangsa sehingga menjejaskan imej negeri. Beliau berkata, ia susulan peningkatan berkaitan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

ALOR SETAR – Laluan air sungai Sedim di Kulim dekat sini dikenal pasti sebagai lokasi paling kerap dilanda kepala air di Kedah apabila lima daripada 11 insiden yang direkodkan sejak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos