Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

IRAN menolak sebarang kemungkinan untuk mengadakan rundingan semula dengan Amerika Syarikat (AS) susulan pengalaman pahit yang menyifatkan Washington sebagai pihak yang tidak boleh dipercayai.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi berkata, tindakan AS dan Israel menyerang fasiliti nuklear republik itu pada Jun tahun lalu ketika proses rundingan sedang berjalan, telah menutup pintu diplomasi antara kedua-dua negara, lapor Anadolu.

Beliau merujuk kepada rundingan nuklear di Geneva pada Februari lalu yang pada mulanya disifatkan sebagai konstruktif di bawah pengantaraan Oman, namun berakhir dengan serangan ketenteraan terhadap Iran.

“Selepas tiga pusingan rundingan dan pasukan AS sendiri mengakui adanya kemajuan besar, mereka tetap memutuskan untuk menyerang kami.

“Justeru, saya tidak fikir rundingan dengan rakyat Amerika akan berada dalam agenda kami lagi,” katanya dalam satu temu bual bersama PBS News.

Mengulas mengenai pelantikan Mojtaba Khamenei sebagai Pemimpin Agung Iran yang baharu, Araghchi menyifatkan pemilihan itu sebagai simbol kesinambungan penentangan terhadap AS dan Israel, selain menjamin kestabilan negara tersebut.

Dalam pada itu, Araghchi menafikan dakwaan bahawa Iran mendalangi gangguan bekalan minyak global, sebaliknya menuding jari kepada pencerobohan Israel dan AS yang menyebabkan rantau berkenaan menjadi tidak selamat.

Tegasnya, krisis tersebut mengakibatkan kapal tangki bimbang untuk melalui Selat Hormuz, namun beliau menjelaskan bahawa Iran tidak pernah menutup laluan strategik itu.

“Apa yang kami lakukan adalah atas dasar mempertahankan diri yang sah di sisi undang-undang. Kami telah memberi amaran kepada semua pihak di rantau ini bahawa jika AS menyerang, kami akan membalas serangan terhadap pangkalan, fasiliti, dan aset mereka di sini.

“Kesannya, peperangan akan merebak ke seluruh rantau dan kami tidak akan bertanggungjawab atas perkara tersebut,” katanya lagi.

Related Posts

AS terus serang Iran untuk hari kelapan

DUBAI – Amerika Syarikat (AS) meneruskan serangan udara ke atas Iran untuk malam kelapan berturut-turut selepas mengesahkan sekurang-kurangnya tiga anggota tenteranya maut dalam beberapa insiden berasingan, dengan seorang daripadanya masih…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengguna dakwa laman sosial Facebook gagal diakses

KUALA LUMPUR – Pengguna media sosial Facebook di seluruh dunia, termasuk Malaysia dilaporkan mengalami kesukaran untuk mengakses akaun serta menggunakan fungsi utama platform berkenaan. Gangguan yang bermula kira-kira 3 petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos