Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

BINTULU – Kehadiran penyanyi popular kelahiran Sarawak, Hafiz Suip menjadi tumpuan utama apabila berjaya menarik ratusan pengunjung memeriahkan Program Sungkey Rami anjuran Cats FM di Naim Street Mall, Bintulu Paragon, semalam.

Program berbuka puasa komuniti itu berlangsung dalam suasana meriah apabila orang ramai mula membanjiri lokasi seawal 5 petang semata-mata untuk menyaksikan penampilan artis kesayangan ramai tersebut.

Sorakan dan tepukan gemuruh daripada pengunjung jelas menggamatkan suasana sebaik Hafiz Suip tampil menyapa peminat yang hadir.

Selain Hafiz Suip, program tersebut turut menampilkan artis jemputan lain iaitu Daus Eli yang sama-sama menghiburkan pengunjung sepanjang majlis berlangsung.

Menurut Pengarah Urusan Kristal Harta Sdn Bhd (Cats FM) Mohamad Iskandar Nawawi, program seperti ini merupakan acara tahunan Cats FM.

“Program berbuka puasa ini semenangnya untuk menyemarakkan sambutan Ramadan melalui aktiviti komuniti yang menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum dalam suasana santai dan penuh kemesraan”, katanya.

Majlis turut diserikan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh pelajar dari Tahfiz At-Taqwa sebelum para pengunjung menikmati juadah berbuka puasa bersama.

Dalam pada itu, lebih 1,500 pek makanan turut diagihkan kepada orang ramai yang hadir bagi memeriahkan lagi suasana berbuka puasa sepanjang program berlangsung.

Turut hadir, Pengurus Program Mohd Fadzli Daud, penyampai-penyampai iaitu Fir Affandi, Ardin Belarek dan Nazz.

Foto: Cats FM

Related Posts

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

PUTRAJAYA – Keputusan menghentikan tayangan filem Konspirasi di pawagam  dibuat atas pertimbangan dalaman syarikat tanpa dipengaruhi mana-mana pihak berkepentingan. Penerbit filem itu, Elepfilm Entertainment menegaskan, langkah drastik tersebut diambil setelah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ASA 2026 diperbaharui, tampil konsep Broadway sempena 80 tahun RTM

KUALA LUMPUR – Penganjuran Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA) bakal tampil dengan kelainan menerusi pembaharuan konsep dan penstrukturan kategori pertandingan, sejajar usaha memastikan acara berprestij itu terus seiring perkembangan industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos