Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

SARATOK – Tindakan seorang lelaki tempatan yang dipercayai menjadikan aktiviti penjualan loteri awam haram sebagai sumber pendapatan tambahan membawa padah apabila dia ditahan polis pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, suspek berusia 33 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah premis kedai di sekitar Saratok Bazaar.

Menurutnya, tangkapan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah D7, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok yang diketuai oleh Inspektor Henry Muji.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek dipercayai bertindak sebagai ejen jualan loteri awam haram di premis berkenaan bagi menambah pendapatan hariannya.

“Dalam operasi tersebut, pihak polis turut merampas beberapa barangan yang disyaki digunakan bagi menjalankan aktiviti perjudian berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan, antara barangan yang dirampas termasuklah sebuah telefon bimbit jenama Redmi 13C, sekeping kertas mengandungi catatan nombor loteri awam haram, sebatang pensel berwarna biru serta sejumlah wang tunai.

Sementara itu, Mathew berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif daripada sebarang unsur penyalahgunaan dadah.

Bagaimanapun katanya, semakan lanjut mendapati lelaki berkenaan bukanlah ‘muka baharu’ dalam aktiviti tersebut.

“Suspek dikesan mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan kes perjudian di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan -Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan -Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar