Sabah selaraskan pembangunan buruh dengan pendidikan dan teknologi

KOTA KINABALU – Sabah perlu menyelaraskan pembangunan pasaran buruh dengan kemajuan pendidikan, teknologi dan inovasi bagi memastikan negeri itu mampu melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri masa hadapan.

Menteri Pendidikan, Sains dan Teknologi Sabah, Datuk James Ratib berkata, pengukuhan pasaran buruh tidak boleh dilihat semata-mata sebagai isu peluang pekerjaan, sebaliknya perlu digerakkan secara menyeluruh melalui pembangunan bakat, penguasaan teknologi serta sistem pendidikan yang responsif terhadap kehendak industri.

“Pendekatan yang menggabungkan pendidikan, teknologi dan strategi pasaran buruh secara selari mampu memperkukuh daya saing negeri serta membuka ruang kepada pembangunan bakat tempatan.

“Jika pendidikan, teknologi dan strategi pasaran buruh digerakkan secara selari, Sabah bukan sahaja mampu memperkukuh pasaran buruhnya, malah berpotensi muncul sebagai hab bakat dan inovasi di wilayah Borneo,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini pada Ahad.

Menurut James, pembangunan ekosistem bakat yang kukuh memerlukan kerjasama strategik antara kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, institusi pendidikan serta pihak industri bagi memastikan setiap dasar dan program pembangunan bakat dapat diselaraskan secara bersepadu.

“Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Sabah memberi penekanan kepada pengukuhan latihan teknologi tinggi, pembangunan inovasi serta peluasan capaian internet dan infrastruktur digital, khususnya di kawasan luar bandar bagi memastikan akses pendidikan dan latihan yang lebih menyeluruh,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan pendekatan perancangan pasaran buruh berasaskan data melalui platform MYFutureJobs sebagai langkah tepat dalam membantu memperkukuh analisis pasaran kerja serta meningkatkan padanan pekerjaan antara majikan dan pencari kerja.

“Penyelarasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan keperluan industri, program reskilling dan upskilling serta penglibatan aktif majikan dalam pembangunan latihan merupakan antara langkah penting untuk memastikan graduan Sabah memiliki kemahiran teknologi sebenar yang diperlukan oleh pasaran kerja,” jelasnya.

Hadir sama pada program ialan Timbalan Menteri di Kementerian Sumber Manusia Malaysia, Khairul Firdaus Akbar Khan, Ketua Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan di Pertubuhan Keselamatan Sosial, Asri Abdul Rahman.

Related Posts

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

TELUK INTAN – Dua remaja perempuan maut, manakala seorang kanak-kanak lelaki cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta di Jalan Padang Tembak di sini, petang Ahad.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

KANGAR – Satu bungkusan guni reput yang disyaki mengandungi rangka manusia ditemukan di sebuah kebun berhampiran sebuah kilang di Behor Mali, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Biarpun ada pihak mahu ‘bungkus’ Anthony, Amirudin yakin DUN Chennah kekal milik PH

Biarpun ada pihak mahu ‘bungkus’ Anthony, Amirudin yakin DUN Chennah kekal milik PH

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

Sepang kembali dalam kalendar Formula 1, GP Bahrain 2026 diadakan di Malaysia

Sepang kembali dalam kalendar Formula 1, GP Bahrain 2026 diadakan di Malaysia

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong