Taktik penyeludupan waktu sunyi gagal, Maritim Malaysia rampas 60 LPG

TAWAU – Taktik menyeludup keluar 60 tong gas petroleum cecair (LPG) menggunakan bot kargo ke negara jiran pada waktu ‘sunyi’ berjaya digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Tawau, pada Sabtu.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Ariffin Ghazali memaklumkan, bertindak atas maklumat risikan berkaitan pergerakan bot mencurigakan dari Batu 3 Tawau ke Pulau Sebatik, bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Op Agar Laut dan Op Tiris bergegas ke lokasi.

“Dalam kejadian pukul 9 malam itu, semasa cubaan bot peronda memintas, juragan bot kargo tersebut bertindak berpatah balik menuju ke pesisir pantai sebelum terjun ke laut meninggalkan bot.

“Pmeriksaan lanjut kemudian menemukan 60 tong gas berisi disyaki cuba diseludup keluar tanpa sebarang permit kebenaran,” katanya dalam kenyataan media, pada Ahad.

Kesemua barangan termasuk bot kargo, enjin bot dan muatan barangan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM53,800 itu akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Menurut Arifin, penguatkuasaaan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi membanteras sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang terutama ketika menjelang musim perayaan.

Beliau juga tidak menafikan terdapat permintaan tinggi dari pasaran luar terhadap keperluan barangan dari Tawau dan sindiket pengeludupan cuba menjalankan aktiviti itu pada waktu yang sunyi bagi mengelak dikesan pegawai penguat kuasa.

“Maritim Malaysia memandang serius terhadap segala aktiviti jenayah rentas sempadan.

“Aset-aset ronda akan sentiasa bersiap sedia untuk diatur gerak pada bila-bila masa dalam menghadapisebarang situasi, ” tegasnya.

Related Posts

SMK Putatan himpun tiga program besar perkasa pelajar

PUTATAN – Tiga program berprestij yang dilaksanakan secara serentak oleh SMK Outstanding menjadi platform memperkasa potensi pelajar dalam bidang sains dan teknologi, keusahawanan serta aktiviti kemasyarakatan. Menteri Kerja Raya Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

TAWAU – Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud yang berlaku di Semenanjung Minahassa Sulawesi, Indonesia pukul 12.25 pagi tadi dirasai di beberapa kawasan Pantai Timur Sabah iaitu Kunak, Lahad Datu dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga tahun setengah DAP dalam Kerajaan Perpaduan, wajar pertimbang hala tuju seterusnya

Tiga tahun setengah DAP dalam Kerajaan Perpaduan, wajar pertimbang hala tuju seterusnya

Aminuddin terima tuntutan enam cabang, sedia bertanggungjawab kekalahan PKR Negeri Sembilan

Aminuddin terima tuntutan enam cabang, sedia bertanggungjawab kekalahan PKR Negeri Sembilan

Jawatan parti tak boleh dijadikan tiket calon pilihan raya – Zaliha

Jawatan parti tak boleh dijadikan tiket calon pilihan raya – Zaliha

SMK Putatan himpun tiga program besar perkasa pelajar

SMK Putatan himpun tiga program besar perkasa pelajar

Jangan korbankan reformasi demi kepentingan politik – Aminuddin

Jangan korbankan reformasi demi kepentingan politik – Aminuddin

Jangan biarkan ‘Si Kitol’ rosakkan keharmonian PKR

Jangan biarkan ‘Si Kitol’ rosakkan keharmonian PKR