Nexus mudahkan orang ramai lapor masalah internet kepada MCMC

ARAU – Orang ramai kini boleh melaporkan masalah liputan dan kualiti internet secara terus kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui aplikasi Nexus yang dibangunkan oleh agensi itu.

Pengarah MCMC Perlis, Nurazzlina Nordin berkata, aplikasi tersebut membolehkan pengguna menguji kelajuan rangkaian di sesuatu kawasan selain membuat aduan secara terus kepada MCMC sekiranya berlaku gangguan perkhidmatan internet.

“Melalui aplikasi Nexus, pengguna boleh mengetahui kelajuan internet di sesuatu lokasi selain membuat laporan terus kepada MCMC jika terdapat masalah rangkaian.

“Maklumat lokasi seperti koordinat turut direkodkan secara automatik sekali gus memudahkan MCMC meneliti dan menilai setiap aduan yang diterima,” katanya di Masjid al-Mursyid dekat sini hari ini.

Terdahulu, beliau turut menyantuni anak-anak yatim dan menyampaikan sumbangan Ramadan dan berbuka puasa bersama penerima sumbangan.

Norazzlina berkata, berbeza dengan aplikasi pihak ketiga seperti Speedtest, Nexus menggunakan sistem yang dibangunkan sendiri oleh MCMC sekali gus membolehkan laporan dihantar terus kepada agensi itu.

Aplikasi tersebut bukan sahaja menjalankan ujian kelajuan internet, malah turut mempunyai beberapa fungsi lain termasuk menguji prestasi aplikasi yang sering digunakan seperti media sosial.

Sementara itu, Nurazzlina berkata, MCMC turut melaksanakan Kempen Internet Selamat dengan pendekatan turun padang bagi mendekati komuniti setempat.

Menurutnya, masjid serta rumah ibadat lain dijadikan antara pusat rujukan komuniti untuk menyampaikan maklumat berkaitan keselamatan internet kepada masyarakat.

“Kita turun ke padang supaya lebih dekat dengan komuniti dan lebih mudah berkongsi maklumat.

“Kita juga mahu menjadikan masjid dan rumah ibadat lain sebagai salah satu tempat rujukan setempat bagi menyampaikan maklumat berkaitan keselamatan internet,” katanya.

Beliau berkata, program tersebut akan dilaksanakan secara berterusan dan diperluaskan kepada pelbagai komuniti termasuk masyarakat Siam di Perlis.

Related Posts

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) melakukan penyusunan semula jentera pilihan rayanya apabila melantik Datuk Seri Amirudin Shari dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerajui pengurusan pilihan raya parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak memperhebat penguatkuasaan sempena musim perayaan menerusi pelaksanaan Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2026 apabila sebanyak 510 notis P22 dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 1,662…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhuwah

Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhuwah

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?