Op Samseng Jalanan: 10 motosikal disita, 40 saman dikeluarkan

MIRI – Tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang dikesan mengganggu ketenteraman awam mengundang padah apabila 10 kenderaan itu disita dalam Op Samseng Jalanan pada Sabtu.

Dalam operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri itu, sebanyak 40 keping saman trafik atas pelbagai kesalahan turut dikeluarkan.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, operasi yang bermula pada jam 4 petang (7 Mac) hingga 2 pagi (8 Mac) itu tertumpu di beberapa lokasi ‘panas’ sekitar bandar raya ini.

Menurutnya, antara kawasan yang digempur ialah Jalan Piasau, Jalan Miri Bypass, Jalan Marina dan Jalan Tanjong Lobang.

“Operasi ini dilancarkan susulan aduan awam berhubung aktiviti motosikal yang bukan sahaja mengganggu kelancaran lalu lintas, malah menggugat ketenteraman penduduk setempat.

“Sepanjang operasi, seramai 22 individu terdiri daripada 20 lelaki dan dua wanita telah diperiksa bersama 15 buah motosikal,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Mohd Farhan Lee menjelaskan, hasil pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan telah dilakukan oleh penunggang terbabit termasuklah menunggang tanpa lesen dan ketiadaan cermin sisi.

Ujar beliau, polis turut mengesan kesalahan pengubahsuaian struktur motosikal dan ekzos bising, tiada nombor pendaftaran serta penggunaan nombor pendaftaran ‘fancy’ (tidak mengikut spesifikasi).

“Kesemua 10 buah motosikal tersebut telah disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Polis memberi amaran keras dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti samseng jalanan kerana ia membahayakan nyawa sendiri serta pengguna jalan raya yang lain,” tegasnya.

Beliau pada masa sama turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak melakukan pengubahsuaian kenderaan yang menyalahi spesifikasi asal.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti samseng jalanan diminta menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu tindakan penguatkuasaan.

Foto: Facebook Polis Daerah Miri

Related Posts

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

BENTONG – Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman kesal dengan tindakan seorang individu yang didakwa mencuri selepas menerima bantuan di pejabatnya, semalam. Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika pegawai di pejabatnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

KUANTAN – Seramai 50 sukarelawan menyertai program Reachout Komuniti di Surau Ad-Dhuha, Kuala Kenau, dekat sini, hari ini. Program itu anjuran bersama Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Paya Besar, Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan