Sindiket jual minyak paket subsidi sebagai minyak terpakai tumpas

KUALA LUMPUR  – Sindiket yang mengaut keuntungan berlipat ganda dengan menjual minyak masak bersubsidi sebagai ‘minyak terpakai’ kepada pihak industri, tumpas dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Klang Lama, awal pagi tadi.

Sindiket yang dipercayai aktif sejak dua tahun lalu ditumpaskan dalam Op Tiris 3.0 sepasukan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur dengan kerjasama KPDN Putrajaya pada jam 12.30 tengah malam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kuala Lumpur, Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, operasi tersebut berjaya menahan lima individu berusia lingkungan 20 hingga 30-an, terdiri daripada tiga warga asing dan dua warga tempatan.

Menurut beliau, modus operandi sindiket adalah dengan memindahkan minyak masak bersubsidi yang digunting ke dalam tong besar sebelum diisi ke dalam tangki Intermediate Bulk Container (IBC) untuk dijual kepada sektor industri.

“Sindiket mengambil kesempatan atas perbezaan harga bagi memaksimumkan keuntungan. Minyak masak paket bersubsidi dibeli pada harga sekitar RM2.50, namun ia dijual semula kepada industri sebagai minyak terpakai dengan harga melebihi RM3 sekilogram.

“Dalam serbuan ini, KPDN merampas 12,000 kilogram minyak masak yang dianggarkan bernilai RM30,000, selain menyita dua buah lori bersaiz lima tan,” katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat.

Berdasarkan siasatan awal, Mohd Shahran berkata, tiga warga asing yang digaji antara RM1,500 hingga RM2,000 sebulan ditugaskan secara khusus untuk menggunting paket minyak masak yang diperoleh dalam kuantiti besar daripada pihak pembungkus di Negeri Sembilan, Selangor, dan ibu negara.

“Dua suspek warga tempatan yang bertindak sebagai pemandu lori berperanan menghantar bekalan minyak di dalam tong IBC berkenaan kepada pembeli.

“Salah seorang pemandu lori terbabit ditahan sejurus pulang ke premis selepas selesai membuat penghantaran,” katanya.

Bagi mengelakkan aktiviti penyelewengan ini dihidu pihak berkuasa, Mohd Shahran mendedahkan sindiket akan melupuskan ribuan sisa plastik paket minyak masak itu di sebuah kawasan di Johor.

Katanya, KPDN memandang serius isu ketirisan barang kawalan dan sedang giat mengesan rantaian pembekal yang bersekongkol dengan sindiket berkenaan.

“Tindakan tegas dan tangkapan susulan dijangka akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001),” katanya.

Related Posts

Fahmi mahu agensi komunikasi perkasa maklumat sahih, dekati gen Z dan Alpha

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menggesa semua jabatan dan agensi di bawah kementeriannya memperkukuh penyebaran maklumat sahih bagi mendekati Generasi Z dan Generasi Alpha yang semakin bergantung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fahmi arah agensi kementerian berhemat, manfaatkan IPPTAR untuk latihan

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil mengarahkan semua jabatan dan agensi di bawah kementeriannya mengamalkan perbelanjaan secara berhemat dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar. Fahmi berkata, banyak program…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos