IKBN Miri sasar naik taraf kemudahan menerusi RMK13

MIRI – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri bakal mempertingkatkan kemudahan latihannya menerusi beberapa pelaksanaan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) Rolling Plan 1 (RP1) yang dijadualkan pada tahun 2026.

Perkara tersebut dibincangkan susulan lawatan tapak oleh delegasi Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Kemahiran Belia, Zakiah Mat Jali ke institut berkenaan, baru-baru ini.

Difahamkan, lawatan kerja itu antara lain bertujuan menilai keadaan mesin yang tidak lagi digunakan di institut tersebut untuk tujuan pemindahan ke Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) lain yang memerlukan.

Dalam pada itu, satu sesi perbincangan bersama wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak turut diadakan bagi meneliti kelancaran pelaksanaan beberapa projek naik taraf kemudahan di IKBN Miri.

Antara projek yang dicadangkan ialah kerja-kerja menaik taraf Sistem Gas Petroleum Cecair (LPG) di Jabatan Hospitaliti dan dewan makan.

Selain itu, ia turut memfokuskan kepada pembaikan sistem pendawaian dan perkakasan elektrik melibatkan bangunan asrama Blok C dan D.

Turut mengiringi delegasi sepanjang lawatan tersebut ialah Pengarah IKBN Miri, Mohamad Mazlan Anis bersama Timbalan Pengarah Pengurusan Latihannya, Ts Kamaruldzaman Muhamed.

Segala usaha penambahbaikan ini diharap dapat memperkukuh perancangan pembangunan serta melonjakkan kualiti kemudahan latihan di IKBN Miri.

Ia sekali gus menyokong penuh agenda kerajaan dalam memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pilihan utama kerjaya belia di negara ini.

Foto : IKBN Miri

Related Posts

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan pada masa hadapan disaran agar diraikan secara bergilir-gilir di setiap negeri di seluruh negara bagi memupuk semangat perpaduan nasional yang lebih utuh. Yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

KUCHING – Sarawak di bawah kepemimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmen menerusi pendekatan “cakap serupa bikin” dalam merancakkan pembangunan negeri berlandaskan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.  Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz