Pendekatan CCA Sabah–Petronas beri manfaat besar kepada negeri

KOTA KINABALU – Pendekatan Kerajaan Negeri Sabah menjalinkan kerjasama dengan Petronas menerusi kaedah Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) disifatkan sebagai langkah yang memberi manfaat besar kepada negeri dan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, pendekatan tersebut berjaya menghasilkan pulangan yang baik kepada Sabah.

“Pendekatan negeri Sabah dalam membuat kerjasama dengan Petronas dengan kaedah CCA  saya fikir memberi banyak manfaat kepada negeri Sabah. 

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Sabah yang telah mengambil pendekatan ini dan akhirnya memberi pulangan yang baik kepada rakyat di negeri ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Amanat Bersama-Sama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan Negeri Sabah di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini pada Jumaat. 

Mengulas mengenai majlis amanat tersebut, Mustapha berkata, beberapa perkara penting turut diterangkan kepada kakitangan termasuk perkembangan semasa berkaitan usaha kerajaan mengurus isu-isu berbangkit di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Dalam pada itu, beliau berkata, selain memperjuangkan hak negeri, adalah penting untuk turut sama mengambil bahagian dalam usaha membina negara.

“Kita mahu pastikan bahawa Malaysia ini kekal selamanya, kita akan kekal harmoni dengan kewujudan tiga wilayah penting ini Semananjung, Sabah, Sarawak yang telah bersetuju untuk membentuk ke Malaysia.

“Kita harus pertahankan dan kita mahu supaya kita dapat wariskan kepada generasi akan datang dalam keadaan yang stabil,” ujarnya.

Related Posts

Bas terbakar, 14 termasuk pemandu selamat

BATU PAHAT – Seramai 14 penumpang berdepan detik cemas apabila bas persiaran dinaiki mereka terbakar di Kilometer 137 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat sini, petang tadi. Dalam kejadian jam 1.37…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belia perlu bijak tapis maklumat, elak sebar berita palsu – George

SANDAKAN – Golongan muda perlu bersikap rasional dan berhati-hati dalam menilai lambakan maklumat di media sosial bagi mengelak terjebak menyebarkan berita palsu. Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia, Maldives senada pertahan hak rakyat Palestin – Anwar

Malaysia, Maldives senada pertahan hak rakyat Palestin – Anwar

Bas terbakar, 14 termasuk pemandu selamat

Bas terbakar, 14 termasuk pemandu selamat

Malaysia perkukuh kerjasama pendidikan, kesihatan dengan Maldives – PM

Malaysia perkukuh kerjasama pendidikan, kesihatan dengan Maldives – PM