Kes Yusoff Rawther: Maklumat tidak tepat jadi modal cipta persepsi Anwar bersalah

HAL yang paling menakutkan zaman sekarang ni ialah penyebaran maklumat yang tidak tepat. Naratif yang telah dipropagandakan demi laba politik pihak tertentu.

Ini dapat dilihat dalam isu penarikan balik rayuan lapan (8) persoalan undang-undang kepada Mahkamah Rayuan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman sivil Yusoff Rawther.

Ada yang kata Anwar kalah, Anwar terpaksa bayar RM50,000 kepada Yusoff. Macam-macam dakyah disebarkan di media sosial. Ini jenis tak tahu apa-apa, tapi sibuk nak melalak terpaling tahu.

Perkara ini perlu difahami secara asas, kenapa seseorang itu upah peguam? Sebabnya adalah untuk mendapatkan nasihat berkaitan tindakan perundangan. Betul kan?

Begitu juga dengan Anwar, pasukan perundangan beliau nasihat untuk tarik balik permohonan persoalan, beliau pun tarik lah.

Apa susah sangat nak faham?

Habis Anwar kena bayar RM50,000 tu? Itu ertinya Anwar kalah dan salah lah tu? Ini siapa yang ajar? Fahaman sesat dan menyesatkan sungguh.

Macam ni, Anwar kena bayar RM50,000 kepada pihak Yusoff sebab Anwar yang mulakan prosiding kes kemudian beliau tarik semula. Jadi mahkamah pun kira semua kos yang telah dikeluarkan oleh pihak bertentangan. Setelah semua siap dikira, keluarkan arahan kepada Anwar untuk bayar.

Tak ada kena mengena langsung dengan kalah dan menang.

Tak ada langsung berkaitan dengan salah guna kuasa atau manipulasi proses undang-undang.

Semua benda ini normal. Sangat normal.

Kalau Anwar bukan PMX, media takkan ‘highlight’ pun benda ni, sebab kes sebegini berlaku hampir hari-hari dekat mahkamah.

Tapi yang paling tak bertanggungjawab ialah pihak yang cuba mencipta persepsi salah, cuba memanipulasi emosi rakyat.

Berhentilah jadi yang kononnya terpaling tahu. Jika tak tahu maka bertanya. Benda ‘simple’ pun nak dipropagandakan.

*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)

Related Posts

JKOM: Kerajaan bertindak pantas, dana KWAP tidak terjejas dalam isu eFishery

PUTRAJAYA – Kerajaan bertindak pantas dan telus dalam menangani isu pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat pemula teknologi akuakultur Indonesia, eFishery, sekali gus memastikan kepentingan pencarum dan pesara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Panel profesional tentukan pelaburan KWAP, bebas campur tangan kerajaan – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak pernah campur tangan dalam sebarang urusan atau keputusan pelaburan yang dibuat oleh agensi pelaburan kerajaan, termasuk Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), tegas Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos