Bekalan ayam, daging Sabah cukup menjelang Aidilfitri

KOTA KINABALU – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sabah memberi jaminan bekalan protein berasaskan ayam serta daging lembu dan kerbau di negeri ini mencukupi bagi menampung permintaan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pengarah Perkhidmatan Veterinar Sabah, Dr Zul Bahar Abdul Rashid berkata, DVS komited memastikan kestabilan bekalan makanan berasaskan ternakan terus terjamin sepanjang tempoh perayaan.

“Berdasarkan unjuran bagi tempoh lima bulan pertama tahun 2026 pengeluaran tempatan daging ayam di Sabah dianggarkan mencecah 29,916.65 tan metrik.

“Pengeluaran daging ruminan melibatkan lembu dan kerbau dianggarkan sebanyak 3,185 tan metrik.

“Sebagai langkah proaktif bagi menampung sebarang peningkatan permintaan ayam bulat dalam tempoh perayaan, jabatan telah membenarkan kemasukan import ayam bulat seawal Disember 2025.

“Langkah ini bertujuan memastikan bekalan di pasaran sentiasa mencukupi dan stabil untuk keperluan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Jumaat.

Mengulas lanjut rampasan produk hasil haiwan sejuk beku di sebuah gudang di Penampang pada 3 Mac lalu, jelasnya pihak DVS mengesahkan tiada sitaan dibuat terhadap 542,519.16 kilogram produk berasaskan ruminan dan ayam tersebut.

“Perkara itu kerana semua produk berkenaan mempunyai lesen import yang sah di bawah peruntukan Enakmen Haiwan 2015.

“DVS Sabah turut memaklumkan bahawa pihaknya akan terus memantau perkembangan bekalan dan permintaan semasa bagi memastikan kestabilan bekalan makanan serta kelangsungan industri ternakan di negeri ini sentiasa terjamin,” ujarnya.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung