300 keluarga terima sumbangan Aidilfitri Petronas

KOTA KINABALU – Seramai 300 keluarga menerima sumbangan sempena Aidilfitri menerusi program Memacu Kehidupan Festive anjuran Yayasan Petronas bagi membantu golongan memerlukan membuat persiapan menjelang sambutan perayaan.

Dalam kenyataan medianya, Petronas berkata, sumbangan tersebut diagihkan kepada penerima di daerah Putatan dan Papar masing-masing menerima sebanyak 120 pek, manakala 60 pek lagi disalurkan kepada penerima di Tenom.

“Baki pek makanan akan diagihkan secara berperingkat sepanjang bulan Ramadan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah kepada penerima yang telah dikenal pasti berdaftar di jabatan berkenaan.

“Setiap pek sumbangan mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan teh, selain kuih-muih perayaan bagi membantu keluarga membuat persiapan menyambut Aidilfitri,” menurut kenyataan tersebut.

Pada majlis, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas, Nelly Shariah Francis turut menyampaikan pek makanan kepada penerima dari Putatan dan Papar dalam Majlis Berbuka Puasa Petronas Sabah 2026 yang berlangsung di sini, pada Khamis.

Program Memacu Kehidupan Festive merupakan sebahagian daripada inisiatif impak sosial Yayasan Petronas yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan komuniti, selain menyokong bidang pendidikan, mempromosikan kelestarian alam sekitar serta memperkukuh daya tahan masyarakat.

Melalui inisiatif tersebut, Yayasan Petronas turut berusaha memperluas peluang sosioekonomi dan menyumbang kepada pembangunan komuniti secara mampan di seluruh Sabah.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong, Naib Presiden Kanan Petronas bagi Pengurusan Petroleum Malaysia, Datuk Ir. Dr. Bacho Pilong dan Pengurus Besar Pejabat Petronas Wilayah Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wah.

Related Posts

Jelapang Padi Darul Ehsan catat hasil 70 peratus lebih tinggi berbanding purata negeri

SHAH ALAM – Program Jelapang Padi Darul Ehsan (JPDE) mencatat kejayaan memberangsangkan apabila merekodkan purata hasil tuaian sebanyak 7.5 tan metrik sehektar (MT/ha) bagi Musim 2/2025, iaitu kira-kira 70 peratus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

Penduduk jumpa fosil dinasour usia lebih 130 juta tahun

Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

Jelapang Padi Darul Ehsan catat hasil 70 peratus lebih tinggi berbanding purata negeri

Jelapang Padi Darul Ehsan catat hasil 70 peratus lebih tinggi berbanding purata negeri

Penjawat awam diseru hayati nilai Jalur Gemilang, bukan sekadar kibarkan

Penjawat awam diseru hayati nilai Jalur Gemilang, bukan sekadar kibarkan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan