Anwar, Erdogan sepakat seru kawalan diri bagi redakan ketegangan Asia Barat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, sepakat semua pihak yang terbabit dalam ketegangan di Asia Barat perlu menunjukkan tahap kawalan diri dan kebijaksanaan tertinggi bagi mengelakkan keadaan daripada terus meruncing.

Anwar berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada Erdogan malam tadi dan kedua-dua pemimpin itu bertukar pandangan mengenai perkembangan terkini di Asia Barat yang semakin tegang susulan siri serangan yang menggugat kestabilan rantau berkenaan.

Perdana Menteri berkata, beliau turut menyentuh insiden pembunuhan beberapa pimpinan tertinggi Iran termasuk Ali Khamenei.

“Saya tegaskan peristiwa ini berisiko menjerumuskan Asia Barat ke dalam ketidaktentuan yang serius dan berpanjangan,” katanya menerusi hantaran di laman sosial, hari ini.

Menerusi perbualan telefon itu juga, Anwar menyampaikan solidariti Malaysia terhadap Turkiye susulan kejadian peluru berpandu balistik yang didapati menuju ke arah ruang udara negara berkenaan.

“Kejadian berkenaan menggambarkan betapa rapuhnya keselamatan rantau itu ketika ini,” katanya.

Pada masa sama, Anwar menzahirkan penghargaan terhadap peranan Erdogan yang sering tampil sebagai suara nurani bagi dunia Islam.

Beliau berkata, ia termasuk usaha Turkiye memainkan peranan sebagai perantara antara Amerika Syarikat dan Iran dalam membuka ruang dialog serta penyelesaian diplomatik.

“Malaysia menyeru semua pihak menurunkan ketegangan dan menghentikan serangan yang berisiko mencetuskan ketidakstabilan lebih luas melangkaui Asia Barat.

“Pendekatan berteraskan dialog dan diplomasi mesti menjadi keutamaan,” katanya.

Mengulas isu Palestin, Anwar sekali lagi merakamkan penghargaan terhadap Turkiye dan beberapa negara lain yang mengutuk keputusan Israel memperluas penempatan haram di Tebing Barat.

Tegasnya, pendirian Malaysia jelas bahawa tindakan rejim Zionis itu adalah pencabulan undang-undang antarabangsa.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu