Jadikan pembinaan keyakinan nasionalisme baharu, kompas kestabilan rakyat

KUALA LUMPUR – Konsep nasionalisme baharu yang mula diperkatakan hari ini bukan sekadar wacana politik domestik, sebaliknya sebahagian daripada gelombang global yang sedang menilai semula makna kenegaraan dan identiti dalam dunia yang semakin kompleks.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, dalam konteks Malaysia, pendekatan itu perlu bergerak daripada kerangka lama yang bersifat defensif kepada pendekatan yang membina keyakinan rakyat terhadap negara.

Menurut beliau, kemerdekaan yang dikecapi sejak 1957 dibina atas idealisme nasionalisme yang menyatukan, namun cabaran semasa menunjukkan wujud defisit keyakinan, bukan sahaja terhadap kepimpinan, malah antara kaum.

“Itu sangat bahaya untuk kestabilan negara. Oleh kerana itu, nasionalisme baharu ini kita mahu bentuk keyakinan bukan ketakutan. Warga Malaysia memiliki keyakinan, jangan ambil sikap permusuhan.

“Perkara itu ada kaitannya dengan bagaimana pembentukan Kerajaan MADANI itu bermula. Ia (parti-parti politik kerajaan) bukan bermusuh ataupun berbalah namun itu tidak bermakna kita tak hormati demokrasi namun jangan lakukan tindakan provokasi,” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara yang bersiaran secara langsung di Bernama TV, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, nasionalisme baharu perlu menjadi kompas kestabilan dalam membentuk warga Malaysia yang yakin terhadap masa depan bersama, bukan mengambil sikap permusuhan atau terperangkap dalam provokasi sentimen.

Beliau berpandangan, pendekatan Kerajaan MADANI yang diterajui Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menekankan perbezaan sebagai lumrah demokrasi, tetapi tidak menghalalkan politik sensasi dan eksploitasi emosi.

“Tajuk-tajuk sensasi ataupun perbezaan itu biasa dalam demokrasi mahupun lumrah kehidupan. Tetapi ia tidak bermakna berpatah arang atau memainkan sentimen emosi sehingga mencetus kemarahan. Sebab itu,semua mesti dilakukan dengan adab. Sudah lebih 60 tahun kita bermain dengan naratif yang sama. Jika tidak diubah, kita akan terus berlegar dalam kitaran ketakutan.

“Ini cabaran bukan hanya pada JKOM, malah melibatkan keseluruhan ekosistem komunikasi kerajaan termasuk Kementerian Komunikasi. Kesilapan membentuk naratif boleh memberi implikasi besar di peringkat akar umbi, termasuk mencetus keresahan yang tidak perlu,” katanya.

Sementara itu, menyentuh Rang Undang-Undang (RUU) mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri yang dibentang di Parlimen pada Isnin, Ismail berpendapat perubahan itu perlu dilihat sebagai agenda pengukuhan institusi negara, bukan isu individu atau parti.

“Mengapa blok pembangkang menolak, ini bukan soal Anwar atau Kerajaan MADANI. Ini soal negara. Jika ditolak sepenuhnya tanpa wacana matang, kita perlu bertanya sama ada kita benar-benar mahu pembaharuan institusi,” katanya.

Related Posts

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

KUALA LUMPUR – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Penasihat Undang-Undang Negeri, kata Jabatan Peguam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan menggesa semua pihak menghormati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta proses perundangan berhubung keputusan penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Zafir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari

  • By Ezmie
  • September 22, 2026
China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari