Gambar hiasan
TEHRAN – Angkatan tentera Iran mengancam untuk menyasarkan serangan ke atas kedutaan Israel di seluruh dunia jika negara itu menyerang Lubnan, kata seorang jurucakap tentera.
Jurucakap Angkatan Tentera Iran, Abolfazl Shekarchi melalui siaran langsung di televisyen berkata, jika Israel melakukan jenayah sedemikian, ia akan memaksa mereka menjadikan semua kedutaan Israel di seluruh dunia sebagai sasaran sah.
Pada Selasa, jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee, memberi amaran kepada wakil rejim Iran yang masih berada di Lubnan untuk berundur sebaik sahaja disasarkan’.
Dia juga memberi mereka tempoh 24 jam untuk berbuat demikian.


