Tengku Zafrul galas peranan sebagai Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dilantik sebagai Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataan, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, pelantikan itu mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi tempoh dua tahun.

Jawatan berkenaan diwujudkan bagi mengisi kekosongan Setiausaha Politik (Kanan) kepada Perdana Menteri.

“Perdana Menteri menzahirkan harapan supaya beliau dapat melaksanakan amanah yang diberikan ini dengan baik dan penuh tawaduk demi kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, pada 3 Disember 2025, Tengku Zafrul dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk tempoh dua tahun, sekali gus menerajui agensi promosi pelaburan utama negara.

Pelantikan tersebut bertujuan memanfaatkan pengalaman dan kepakaran beliau dalam merangsang agenda pelaburan negara serta memperkukuh daya tahan dan daya saing ekonomi Malaysia di peringkat global menerusi pendekatan dasar industri yang lebih bersepadu.

Sepanjang penglibatan dalam pentadbiran kerajaan, beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara selama enam tahun, iaitu tempoh maksimum yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Beliau mula mengangkat sumpah sebagai Senator pada 10 Mac 2020 dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Kewangan.

Penggal keduanya bermula pada 3 Disember 2022 sebelum menamatkan perkhidmatan rasmi di Dewan Negara pada 2 Disember 2025.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3