Ambil alih IJM oleh Sunway disiasat SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka satu kertas siasatan bagi menyiasat isu tawaran pengambilan saham oleh Sunway Bhd ke atas IJM Corporation Berhad (IJM), yang kini dalam proses rundingan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya sedang melihat sama ada tawaran pengambilan saham itu wujud elemen rasuah, salah guna kuasa dan pelanggaran tatakelola.

Menurut beliau, banyak perkara yang dilihat dalam tawaran pengambilan saham itu kerana pemegang saham IJM terdiri daripada syarikat milik kerajaan.

“Di sini menjadi satu persoalan kepada kami kerana ia melibatkan wang rakyat. Kita akan tengok adakah berlaku sebarang jenayah, ketirisan atau pelanggaran tatakelola,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Azam memaklumkan, setakat ini, pihaknya telah membuka tiga kertas siasatan terkait isu penyelewengan IJM termasuk yang terbaharu isu tawaran saham oleh Sunway itu.

Beliau berkata, kertas siasatan pertama membabitkan kes penggubahan wang berjumlah sekitar RM2.5 bilion yang dilaburkan di United Kingdom (UK).

“Kami sedang bekerjasama dengan negara berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut daripada mereka.

“Bagi kertas siasatan kedua pula, ia membabitkan satu projek dijalankan syarikat itu dimana beliau menjangkakan ia memakan masa siasatan yang panjang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Azam berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes membabitkan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta timbalan ketua pengarah dan bekas pegawai kanan jabatan itu.

“Kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan keputusan bagi mendakwa tiga individu itu dijangka dapat diketahui dalam tempoh seminggu lagi.

“Selepas seminggu dari hari ini, saya anggap akan ada keputusan tarikh pendakwaan mereka di mahkamah.
Namun, keputusan terpulang kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk memutuskan sama ada boleh dituduh ataupun tidak,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Ketua Pengarah JAS dan timbalannya ditahan di bawah Akta SPRM 2009 kerana disyaki terbabit rasuah berkaitan pengurusan sisa elektronik (e-waste), yang disiasat sejak awal tahun ini.

Dalam operasi berkaitan, sebanyak 16 akaun bank dibekukan dengan nilai kira-kira RM10.2 juta, selain wang tunai RM87,000 dan barang kes bernilai kira-kira RM220,000 turut disita.

Related Posts

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan memperkukuh perlindungan serta menyediakan ganjaran kepada pemberi maklumat yang tampil mendedahkan kegiatan kartel dan amalan penipuan bidaan susulan pindaan Akta Persaingan 2010…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemergian Tun Dr Siti Hasmah turut dirasai seluruh warga PDRM

KANGAR – Pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pagi ini turut dirasai seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyifatkannya sebagai kehilangan seorang tokoh wanita negara. Ketua Polis Negara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap Perdana Menteri, bincang perkembangan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Agong terima menghadap Perdana Menteri, bincang perkembangan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Perancangan bandar perlu seiring kesejahteraan rakyat – Dr Sim

Perancangan bandar perlu seiring kesejahteraan rakyat – Dr Sim

Bekas CEO FIC didakwa tipu Lembaga Pengarah berkaitan projek, tanah RM691.7 juta

Bekas CEO FIC didakwa tipu Lembaga Pengarah berkaitan projek, tanah RM691.7 juta

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

  • By Fatin
  • September 29, 2026
40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA