Israel sekat bantuan kemanusiaan ke Gaza – PBB

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan bahawa pihak berkuasa Israel telah bertindak menutup semua pintu sempadan ke Semenanjung Gaza, sekali gus menyekat pergerakan bantuan kemanusiaan di wilayah yang sedang bergolak itu.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric, dalam satu sidang media berkata, tindakan rejim itu merangkumi penutupan pintu sempadan Rafah serta penggantungan pergerakan bantuan di kawasan yang menempatkan anggota tentera Israel, lapor Anadolu.

Menurut beliau, Israel turut menangguhkan rancangan penggiliran kakitangan kemanusiaan PBB yang bertugas di lapangan.

“Susulan tindakan ini, proses pemindahan perubatan dan usaha membawa pulang penduduk ke Gaza juga terpaksa dihentikan,” katanya sambil menegaskan bahawa jutaan nyawa kini bergantung sepenuhnya kepada penghantaran bantuan yang konsisten.

Dujarric menjelaskan, kapasiti penyimpanan barangan yang terhad serta kemusnahan infrastruktur akibat perang menuntut aliran bekalan yang berterusan dari luar.

“Kami dan rakan kerjasama telah berusaha keras untuk mengekalkan kelangsungan bekalan meskipun berdepan pelbagai sekatan sebelum ini. Namun, usaha itu mustahil untuk diteruskan di bawah kepungan sepenuhnya (full blockade). Semua pintu sempadan perlu dibuka semula dengan kadar segera,” tegas beliau.

Selain Gaza, situasi di Tebing Barat yang diduduki turut dilaporkan meruncing apabila kebanyakan pos pemeriksaan ditutup. Tindakan tersebut mengehadkan pergerakan penduduk Palestin antara bandar serta menyekat akses kepada sumber pendapatan dan perkhidmatan asas.

Mengulas lanjut, Dujarric mengingatkan bahawa undang-undang kemanusiaan antarabangsa menetapkan bahawa orang awam wajib dilindungi dan keperluan asas mereka mesti dipenuhi tanpa sebarang halangan.

Sementara itu, ketegangan di rantau berkenaan mencapai tahap kritikal selepas Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada Sabtu lalu.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke arah Israel serta pangkalan tentera Amerika Syarikat di rantau tersebut. Rentetan itu, Israel mengisytiharkan keadaan darurat khas dan segera di seluruh negara.

Related Posts

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

MOSCOW – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan dia menjalani peperiksaan kognitif tanpa sebarang kesilapan buat kali keempat dan mencatatkan keputusan yang sangat cemerlang. “Keputusan Pemeriksaan Fizikal saya di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka

WASHINGTON – Tahap keselamatan bekalan bahan api sepanjang musim panas yang menyaksikan permintaan memuncak dijangka berdepan risiko, jika penghantarannya melalui Selat Hormuz tidak kembali beroperasi seperti biasa. Amaran terbabit dikeluarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai