Malaysia kutuk serangan Israel, AS terhadap Iran

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk keras tindakan ketenteraan yang dilancarkan Israel dan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran dan menyifatkannya sebagai pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa dan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Malaysia sebagai negara bebas dan berdaulat tidak boleh berdiam diri terhadap serangan yang dimulakan oleh Israel dengan sokongan AS.

Menurut beliau, tindakan ketenteraan yang berterusan ke atas negara bebas dan merdeka Iran, biarpun perbezaan dasar serta sikap terhadap negara tersebut bertentangan dengan prinsip yang
disepakati oleh dunia.

“Tindakan ketenteraan berterusan itu tentunya berisiko malah telah bermula menyebabkan ketegangan, eskalasi lebihbesar dan menggugat kestabilan serantau.

“Ini terutama negara-negara Teluk yang semuanya atau kebanyakkannya diheret dalam kancah peperangan akibat dari serangan yang dimulakan oleh Israel yang bersekongkol dengan AS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemuka usul mengutuk serangan biadab dan ganas Israel dengan sokongan AS ke atas Iran di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Dalam pada itu, Anwar menyeru supaya gencatan senjata tanpa syarat dilaksanakan serta-merta dan menegaskan bahawa sebarang pertikaian wajar diselesaikan melalui rundingan diplomatik di platform antarabangsa termasuk di PBB.

“Tantanan dunia termasuk PBB dengan kenyataan Setiausaha Agung Guterres baru-baru ini jelas mengikat negara anggota supaya mematuhi undang-undang antarabangsa.

“Namun, Israel adalah salah satu-satunya negara yang terus menerus melanggar ketetapan antarabangsa. Hari ini Iran, semalam Lubnan, sebelumnya Iraq, Syria dan pembantaian terhadap umat dan rakyat Palestine dan Gaza berterusan hingga kini.

“Sebab itu, kita tidak ada pilihan melainkan untuk menyatakan dengan tegas dan jelas, bahawa tindakan ini adalah tindakan yang bertentangan dengan peraturan tantanan dunia dan harus dibantah dengan keras,” katanya.

Tambahnya, pilihan lain tentunya selain daripada perdamaian ialah untuk mendapatkan kerjasama negara-negara Teluk supaya kembali bersatu, mengadakan rundingan, pertahankan kebebasan dan kemerdekaan rantau.

“Jika tidak, seperti yang boleh dijangka, giliran satu negara ke negara yang lain akan terus berlaku sepertimana yang pernah diungkapkan oleh beberapa pemimpin Israel.

“Terkini memberi amaran kepada pemerintah Turkiye bahawa mereka juga tidak terlepas daripada kemungkinan serangan Israel,” katanya.

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan