PJRM Ramadan sasar 1,898 program seluruh negara

PAPAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganjurkan 1,898 siri Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di seluruh negara sepanjang Ramadan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, semua siri Jualan Rahmah ini menawarkan pelbagai barangan basah yang menjadi keperluan utama untuk berbuka puasa dan penyediaan kuih-muih tradisi.

“Syukur Alhamdulillah, bagi tahun 2026 KPDN diperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk meneruskan Inisiatif Payung Rahmah. Antara yang dilaksanakan ialah meneruskan serta menambah baik Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM).

“Kita bersyukur kerana Kerajaan MADANI khususnya Kementerian Kewangan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri telah memutuskan supaya PJRM menjadi inisiatif tetap Kerajaan MADANI sebagai salah satu ikhtiar menangani kos sara hidup rakyat,” ujarnya semasa sidang media selepas merasmikan Program Sentuhan Kasih, Jualan Rahmah MADANI dan Advokasi Kepenggunaan di pekarangan Dewan SMK Pengalat Papar, di sini pada Sabtu.

Tambah Armizan, bagi memperkukuh PJRM, KPDN telah menambah baik iaitu PJRM tidak dibuat secara ad-hoc namun ia dibuat secara berkala dengan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) menganjurkan tiga PJRM setiap bulan.

“Kedua, kementerian memperkenalkan takwim rasmi PJRM yang boleh diakses lebih awal menerusi laman sesawang KPDN bagi membolehkan rakyat menyemak lokasi dan butiran penganjuran.

“Bagi PJRM Ramadan, sebanyak 1,898 program disasarkan bermula 19 Februari.

“Setakat 28 Februari sebanyak 541 program telah dilaksanakan.

“Orang ramai yang memerlukan digesa memanfaatkan subsidi kerajaan dengan merujuk jadual dalam takwim rasmi PJRM KPDN,” jelasnya.

Terdahulu, KPDN diperuntukkan sebanyak RM300 juta bagi tahun 2026 untuk meneruskan Inisiatif Payung Rahmah termasuk pelaksanaan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM).

Related Posts

PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

PUTRAJAYA – PKR tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada mana-mana ahli Parlimen parti itu. Ia sekali gus, menepis spekulasi yang bertiup kencang mengenai dakwaan seorang wakil rakyat PKR bakal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Aduan sudah diangkat namun tiada tindakan selesai kes buli, salah guna kuasa di sekolah

KES pembulian dan penyalahgunaan kuasa di sekolah perlu diambil tindakan segera oleh Kementerian Pendidikan selepas perbuatan itu menyebabkan guru-guru mengalami kemurungan serta gangguan anxiety yang kronik. Perbuatan itu didedahkan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penyatuan utuh di bawah GPS jamin kemakmuran berterusan Bumi Kenyalang

Penyatuan utuh di bawah GPS jamin kemakmuran berterusan Bumi Kenyalang

PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

DAP sahkan tanding PRN Sarawak, tawar suara alternatif semak dan imbang

DAP sahkan tanding PRN Sarawak, tawar suara alternatif semak dan imbang

Aduan sudah diangkat namun tiada tindakan selesai kes buli, salah guna kuasa di sekolah

Aduan sudah diangkat namun tiada tindakan selesai kes buli, salah guna kuasa di sekolah

Bapa kandung ditahan, dera fizikal dan ganggu seksual dua anak

Bapa kandung ditahan, dera fizikal dan ganggu seksual dua anak

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX