Dividen KWSP susut kepada 6.15 peratus susulan faktor luaran, domestik

KADAR dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun kewangan 2025 menurun kepada 6.15 peratus berbanding 6.30 peratus yang direkodkan pada tahun sebelumnya, dipengaruhi perkembangan ekonomi global dan prestasi pasaran domestik yang lebih sederhana.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, antara faktor utama yang menjejaskan pulangan ialah pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), sekali gus memberi kesan kepada nilai pelaburan luar negara apabila diterjemahkan semula kepada mata wang tempatan.

“Apabila ringgit mengukuh berbanding dolar AS, pulangan pelaburan luar negara yang dinilai dalam mata wang ini akan diterjemahkan kepada nilai yang lebih rendah dalam ringgit,” katanya lapor BH.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman prestasi kewangan KWSP 2025, di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebagai dana persaraan yang mempunyai pendedahan pelaburan global yang signifikan, pergerakan kadar pertukaran asing memberi impak material terhadap prestasi keseluruhan dana, khususnya dalam keadaan turun naik mata wang yang ketara.

Dalam masa sama, katanya, persekitaran pelaburan sepanjang tahun lalu turut dipengaruhi ketidaktentuan dasar perdagangan global termasuk ketegangan tarif serta perkembangan geopolitik yang menjejaskan sentimen pasaran.

Di peringkat tempatan, prestasi pasaran ekuiti berkembang lebih perlahan apabila Bursa Malaysia merekodkan pertumbuhan sekitar 2.3 peratus berbanding lonjakan 12.9 peratus pada 2024.

Keadaan itu secara tidak langsung mempengaruhi pulangan pelaburan domestik KWSP memandangkan pasaran saham kekal sebagai antara komponen utama dalam portfolio pelaburannya.

Bagaimanapun, Ahmad Zulqarnain menjelaskan pasaran ekuiti yang berdaya tahan terus menjadi penyumbang penting kepada pendapatan dana, disokong pulangan stabil daripada instrumen pendapatan tetap serta strategi kepelbagaian portfolio yang menyeluruh.

“Portfolio pelaburan yang pelbagai merangkumi kelas aset dan pasaran, dipandu oleh Alokasi Aset Strategik, membolehkan KWSP menghadapi turun naik pasaran yang memuncak pada suku kedua selepas pengumuman tarif import timbal balik oleh Washington,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan berasaskan kepelbagaian aset dan disiplin pelaburan jangka panjang membantu meredakan kesan ketidaktentuan global serta turun naik pasaran kewangan.

“Ini mencerminkan pendekatan jangka panjang KWSP dalam memastikan simpanan ahli terus dipelihara dan pada masa sama menjana pulangan yang mampan,” katanya.

Related Posts

Bayaran interim Sabah meningkat kepada RM1.5 bilion, perkukuh ruang fiskal negeri

KOTA KINABALU – Pengumuman peningkatan bayaran interim kepada Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion sementara menunggu penyelesaian penuh tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan disifatkan sebagai perkembangan penting yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga tembaga tinggi punca kecurian – Anthony

PADANG BESAR – Nilai tembaga yang tinggi di pasaran dikenal pasti antara faktor utama kegiatan kecurian kabel landasan kereta api terus berlaku meskipun pelbagai tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan sebelum ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ewon alu-alukan komitmen PM laksana hak 40% Sabah, bayaran interim naik kepada RM1.5 bilion

Ewon alu-alukan komitmen PM laksana hak 40% Sabah, bayaran interim naik kepada RM1.5 bilion

Dobi Kasih Rahmah Kulai mudahkan kehidupan penduduk kampung

Dobi Kasih Rahmah Kulai mudahkan kehidupan penduduk kampung

Polis ambil keterangan MB Perlis, rampas ‘shotgun’, 9 peluru ‘buckshot’

Polis ambil keterangan MB Perlis, rampas ‘shotgun’, 9 peluru ‘buckshot’

Bayaran interim Sabah meningkat kepada RM1.5 bilion, perkukuh ruang fiskal negeri

Bayaran interim Sabah meningkat kepada RM1.5 bilion, perkukuh ruang fiskal negeri

Perlis muncul pintu gerbang perdagangan baharu ASEAN

Perlis muncul pintu gerbang perdagangan baharu ASEAN

Harga tembaga tinggi punca kecurian – Anthony

Harga tembaga tinggi punca kecurian – Anthony