Kebakaran ragut 5 sekeluarga: MUIP lulus bantuan sara hidup RM600 sebulan

KUANTAN – Nasib dua beradik yang kehilangan lima ahli keluarga dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Raub terus terbela apabila mendapat perhatian Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, pihaknya meluluskan bantuan sara hidup RM600 sebulan kepada anak sulung mangsa, Ruby Adalia Balqis Mohd Alawi, 19, yang kini menuntut di kolej matrikulasi Gambang.

Menurutnya, bantuan kewangan itu akan disalurkan secara berterusan sehingga tamat pengajian bagi memastikan masa depan pendidikan pelajar berkenaan tidak terjejas.

“Kita juga bersedia menyalurkan bantuan pembelian komputer riba sekiranya beliau masih belum memiliki dan tiada tajaan, ini disebabkan ia menjadi keperluan sepanjang tempoh pengajian beliau,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Dr Asmadi memaklumkan sumbangan tunai RM5,000 disalurkan kepada Ruby Adalia Balqis dan adiknya, Ahmad Balia Murqam, 15.

Ujarnya, bantuan tunai segera itu penting bagi memastikan urusan harian dan keperluan mendesak dua beradik berkenaan tidak terjejas sementara menunggu proses bantuan bulanan yang akan diselaraskan sepenuhnya.

“Kami memahami beban berat yang ditanggung mereka kerana dalam usia yang masih muda, mereka perlu menggalas tanggungjawab besar ini sendirian.

“Justeru, MUIP hadir bukan sekadar memberi bantuan kewangan, tetapi sebagai sokongan moral dengan harapan sumbangan ini dapat meringankan sedikit duka serta menyokong kelangsungan hidup mereka buat masa ini,” ujarnya.

Related Posts

Perebutan perniagaan ‘topup’ judi dalam talian punca kedai serbaneka dibakar

KUCHING – Insiden khianat membaling api dan membakar kedai serbaneka di Sarawak disahkan berpunca daripada perebutan perniagaan yang mempunyai kaitan dengan aktiviti penjualan tambah nilai (top-up) bagi perjudian dalam talian.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kehamilan remaja perlu ditangani secara bersepadu – Mohamad Duri

SARATOK – Isu kehamilan remaja perlu ditangani secara bersepadu kerana ia melibatkan pelbagai aspek termasuk perundangan, kesihatan, sosial, keselamatan, pendidikan, kewangan, kebajikan, status perkahwinan dan dokumen pengenalan diri. Ahli Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar

Belanjawan 2027 pemangkin ekonomi bernilai tinggi

Belanjawan 2027 pemangkin ekonomi bernilai tinggi

Perebutan perniagaan ‘topup’ judi dalam talian punca kedai serbaneka dibakar

Perebutan perniagaan ‘topup’ judi dalam talian punca kedai serbaneka dibakar

Kehamilan remaja perlu ditangani secara bersepadu – Mohamad Duri

Kehamilan remaja perlu ditangani secara bersepadu – Mohamad Duri

PVATM Lundu rai ulang tahun ketujuh, erat persaudaraan veteran

PVATM Lundu rai ulang tahun ketujuh, erat persaudaraan veteran

Isu pelarian diselesaikan ikut lunas undang-undang, tidak akan dibiarkan berlarutan

Isu pelarian diselesaikan ikut lunas undang-undang, tidak akan dibiarkan berlarutan