Kelulusan RUU Kualiti Alam Sekeliling perkasa hak Sabah, Sarawak di bawah Kerajaan MADANI

KOTA KINABALU – Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 di Dewan Rakyat baru-baru ini antara kejayaan terhadap pemerkasaan hak Sabah dan Sarawak di bawah pimpinan Kerajaan MADANI.

Menteri di Jabatan Pendana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, melalui pindaan RUU, kuasa pengurusan dan kawal selia buangan terjadual di darat serta dalam perairan negeri diberikan kepada Sabah dan Sarawak selaras dengan Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan.

“Agenda ini adalah antara 29 tuntutan MA63 yang diteliti melalui pelbagai platform rundingan termasuk Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63) yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Melalui platform MTPMA63, perkara ini telah melalui proses rundingan, penelitian perundangan dan penyelarasan dasar sebelum diterjemahkan dalam bentuk pindaan undang-undang,” katanya dalam kenyataan media, pada Sabtu.

Tegasnya ia merupakan indikator jelas kesungguhan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kedudukan Sabah dan Sarawak di bawah kerangka MA63.

Pada Rabu, RUU berkenaan diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas ia dibentangkan bagi bacaan kali kedua dan ketiga oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

Related Posts

Perancangan bandar perlu seiring kesejahteraan rakyat – Dr Sim

KUCHING – Hubungan antara kesihatan awam, reka bentuk bandar dan persekitaran binaan perlu diberi perhatian dalam merancang pembangunan bandar yang lebih sihat, mampan dan mampu meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Perkara itu antara penekanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kira-kira lima juta rakyat dijangka menerima manfaat menerusi pelbagai program impak sosial yang dilaksanakan bersama pemain industri di bawah LESTARI: Rangka Kerja dan Pelan Hala Tuju Kelestarian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap Perdana Menteri, bincang perkembangan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Agong terima menghadap Perdana Menteri, bincang perkembangan pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Perancangan bandar perlu seiring kesejahteraan rakyat – Dr Sim

Perancangan bandar perlu seiring kesejahteraan rakyat – Dr Sim

Bekas CEO FIC didakwa tipu Lembaga Pengarah berkaitan projek, tanah RM691.7 juta

Bekas CEO FIC didakwa tipu Lembaga Pengarah berkaitan projek, tanah RM691.7 juta

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

  • By Fatin
  • September 29, 2026
40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA