SPRM siasat UKM isu tatakelola, ketidakaturan kewangan minggu depan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memulakan siasatan berhubung isu tatakelola dan ketidakaturan pengurusan kewangan membabitkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada minggu hadapan.

SPRM menerusi kenyataan memaklumkan, tindakan siasatan dibuat susulan dapatan terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 berkaitan ketidakaturan pengurusan kewangan serta isu tatakelola universiti awam terbabit.

Menurutnya, siasatan dimulakan dengan meneliti sama ada terdapat kelemahan tatakelola atau unsur jenayah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan atau pelanggaran undang undang di bawah bidang kuasanya.

“Siasatan akan tertumpu perkara yang dibangkitkan dalam laporan LKAN 1/2026 berkenaan.

“Ia termasuk dakwaan ketidakaturan serius dalam pengurusan kewangan universiti, kutipan yuran tanpa kuasa dan hasil yang tidak direkodkan atau tidak diakaunkan dengan sewajarnya,” katanya, pada Jumaat.

Dalam pada itu, SPRM menegaskan siasatan akan dijalankan secara profesional, bebas dan berlandaskan undang undang tanpa prejudis terhadap mana mana pihak.

Agensi itu menegaskan, tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat bukti berlakunya kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 atau undang undang lain yang berkaitan.

“SPRM menegaskan komitmennya memastikan setiap dana awam diurus secara telus, berintegriti dan bertanggungjawab

“Ini adalah demi kepentingan rakyat serta menjaga kepercayaan terhadap institusi pendidikan tinggi negara,” katanya.

Terdahulu, LKAN 1/2026 mendedahkan ketidakaturan serius dalam pengurusan kutipan hasil yuran pelajar dan perbelanjaan di UKM bagi tahun kewangan 2024.

Audit merumuskan terdapat ketidakaturan yang serius dan pelanggaran tatakelola dalam kutipan hasil yuran pelajar dan perbelanjaan di UKM, yang tidak mematuhi undang-undang serta peraturan kewangan.

Related Posts

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

KUALA LUMPUR – Urusan permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 boleh dilakukan secara dalam talian. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha