Hanya bagi nasihat, bukan minta rasuah – PDRM

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan anggotanya menerima rasuah seperti dipaparkan dalam rakaman video yang tular di aplikasi TikTok, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, semakan mendapati rakaman dimuat naik pemilik akaun TikTok Kk (@mabsjmx21) yang mendakwa anggota polis menerima wang daripada pemandu di tepi jalan raya.

Menurut beliau, semakan mendapati kejadian berlaku jam 11.20 pagi di persimpangan masuk dan keluar Jalan Persiaran Jalil Utama, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

“Ketika itu, empat pegawai polis sedang menjalankan tugas Ronda Cegah Jenayah dengan mengambil tindakan saman ke atas kenderaan yang menghalang lalu lintas.

“Semasa kejadian, pihak polis menasihatkan pemilik kenderaan mengalihkan kenderaan serta mendaftar aplikasi Volunteer Smart Phone Patrol (VSP) Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain mengambil butiran bagi tujuan rekod,” katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Mohd Rosdi memaklumkan, dua saman turut dikeluarkan ke atas pemandu dan sebuah lagi kenderaan kerana menghalang lalu lintas.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi kerana ia boleh menimbulkan salah faham terhadap penugasan polis di lapangan.

“PDRM komited memelihara integriti dan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kepolisan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Rosdi meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lengkap dan sahih berkaitan perkara ini untuk tampil membantu siasatan.

“Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050 / 5051 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.

Related Posts

Tiada usul undi tidak percaya terhadap PMX diterima – Johari

BANGI – Tiada usul undi tidak percaya dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikemukakan setakat ini, menjelang Sidang Dewan Rakyat yang dijadual bermula 5 Oktober depan. Yang di-Pertua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

PUTRAJAYA – Pemansuhan syarat minimum 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi syarikat yang mengendalikan institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) tidak semestinya menggugat masa depan pemilikan Bumiputera dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Awang Hashim selesai cara baik, tarik balik kenyataan fitnah Anwar

Awang Hashim selesai cara baik, tarik balik kenyataan fitnah Anwar

Pertemuan MB, Exco dengan Tunku Nadzaruddin batal, media dihalang temui Ismail

Pertemuan MB, Exco dengan Tunku Nadzaruddin batal, media dihalang temui Ismail

Tiada usul undi tidak percaya terhadap PMX diterima – Johari

Tiada usul undi tidak percaya terhadap PMX diterima – Johari

Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti

Pemuliharaan Tebingan Batang Mukah jamin kelestarian, manfaat komuniti