Lima warga asing diberkas disyaki terlibat aktiviti pelacuran di Kuching

KUCHING – Polis berjaya menahan lima warganegara asing yang disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran menerusi satu serbuan di sebuah rumah pangsapuri di Jalan Tun Datuk Patinggi Hj Ahmad Zaidi Adruce, pada 26 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata , kesemua individu yang ditahan itu dianggarkan berusia antara 20 hingga 30 tahun.

Menurut beliau, kesemua tangkapan tersebut kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut pihak polis.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 372A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun berserta sebatan dan denda.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan di mana pesalah boleh dipenjara tidak melebihi satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tambah beliau, suspek juga disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana kesalahan melanggar syarat pas, permit atau pas sempadan, yang boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

“Selain itu, mereka turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, berserta sebatan sehingga enam kali,” jelasnya.

Sehubungan itu, Alexson menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti pelacuran agar tampil menyalurkannya dengan menghubungi pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di talian 082-244444.

Related Posts

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

TELUK INTAN – Dua remaja perempuan maut, manakala seorang kanak-kanak lelaki cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta di Jalan Padang Tembak di sini, petang Ahad.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

KANGAR – Satu bungkusan guni reput yang disyaki mengandungi rangka manusia ditemukan di sebuah kebun berhampiran sebuah kilang di Behor Mali, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sepang kembali gegarkan Formula 1, GP Bahrain 2026 dipindah ke Malaysia

Sepang kembali gegarkan Formula 1, GP Bahrain 2026 dipindah ke Malaysia

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan