PMX doakan Sultan Ibrahim dikurniakan kesembuhan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar agar dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Anwar turut mendoakan agar Sultan Ibrahim sentiasa berada dalam lindungan serta rahmat Allah SWT.

“Mendoakan semoga Sultan Ibrahim dikurniakan keafiatan berpanjangan serta sentiasa berada dalam lindungan, rahmat dan inayah Allah SWT,” katanya, pada Jumaat.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sedang gering susulan kesakitan musculoskeletal (melibatkan otot dan tulang) di bahagian belakang serta pinggul yang dihadapi baginda.

Istana Negara dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan Seri Paduka Baginda dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat dan tidak berangkat ke sebarang majlis bagi memberi ruang kepada proses rawatan dan pemulihan.

“Disebabkan Yang di-Pertuan Agong sedang menjalani rawatan susulan, Seri Paduka Baginda tidak dapat berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Ketua Perwakilan Asing dan Pegawai Kanan Kerajaan di Istana Negara yang berlangsung kelmarin,” menurut kenyataan itu.

Istana Negara turut memaklumkan majlis perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim yang dijadualkan berlangsung semalam turut ditangguhkan ke suatu tarikh lain.

Seri Paduka Baginda dijangka kembali berangkat ke majlis-majlis rasmi selepas keadaan kesihatan baginda beransur pulih.

  • Related Posts

    Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

    KUALA LUMPUR –  Datuk Seri Jamil Khir Baharom didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) melupuskan aset bernilai lebih RM860.3 juta antara…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

    PETALING JAYA – Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyokong gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya masyarakat antarabangsa mengambil tindakan tegas terhadap pendudukan haram Israel di wilayah Palestin.…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

    Lelaki maut dihempap jentolak di Long Seridan

    Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

    Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

    PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

    PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

    Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

    Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

    Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

    Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

    VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0

    VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0