Golongan terpinggir harus sentiasa disantuni jentera kerajaan, rakyat – PMX

KAJANG – Seluruh lapisan masyarakat dan jentera kerajaan diseru memanfaatkan baki bulan Ramadan dengan menyantuni golongan yang masih terpinggir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun pelbagai inisiatif sudah dilaksanakan kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan pelarasan gaji, namun masih terdapat kelompok kecil masyarakat yang tidak mendapat manfaat sepenuhnya bantuan itu.

Menurut beliau, Ramadan kali ini juga seharusnya dijadikan peluang terbaik untuk meringankan beban rakyat dengan mengenal pasti individu, warga emas atau pesakit di setiap pelosok kampung yang memerlukan bantuan segera.

“Kita jarang bicara soal mereka dan kita di semua peringkat agak sibuk dalam urusan masing-masing.

“Jadi, saya nak ambil kesempatan ini menyeru semua jawatankuasa masjid, surau, guru besar, pengetua, ketua kampung dan pemimpin belia untuk tingkatkan amal kebajikan kita.

“Jadikan Ramadan ini satu kesempatan untuk kita mengangkat martabat semua lapisan masyarakat dengan meringankan beban mereka,” katanya kepada media menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Bandar Kajang, pada Jumaat.

Beliau turut mengharapkan kerjasama padu daripada jentera kerajaan, sektor swasta dan rakyat bagi memastikan matlamat berkenaan dapat dicapai.

“Cita-cita saya kalau boleh, ini Ramadan dan Aidilfitri pertama yang benar-benar boleh melegakan rakyat pada semua peringkat,” katanya.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun