EPL guna platform strim sendiri musim depan

LIGA Perdana Inggeris (EPL) dijangka melancarkan perkhidmatan penstriman sendiri terus kepada pengguna (direct-to-consumer) bermula musim 2026-27.

Menurut laporan Financial Times, Ketua Pegawai Eksekutif liga, Richard Masters, mengumumkan perkara itu ketika berucap pada Sidang Kemuncak FT Business of Football di London.

Platform baharu dikenali sebagai Premier League+ itu dibangunkan dengan kerjasama StarHub, rakan penyiar rasmi liga di Singapura.

Ketika ini, perlawanan EPL disiarkan menerusi pelbagai platform melalui hak penyiaran pihak ketiga.

Namun pelancaran ini berpotensi menjadi kali pertama liga berkenaan menawarkan perkhidmatan penstriman miliknya sendiri secara terus kepada pelanggan.

Masters menjelaskan perjanjian sedia ada bersama penyiar seperti Sky Sports di United Kingdom masih menjadi tunjang utama perniagaan media liga.

Bagaimanapun, pemilikan platform sendiri memberi fleksibiliti strategik kepada liga untuk meneroka model sama di pasaran lain.

“Kami mahu melihat bagaimana model ini boleh diperluaskan ke seluruh dunia,” kata Masters seperti dipetik laporan itu.

Dalam maklum balas kepada Reuters, pihak EPL menyatakan tiada tambahan dibuat terhadap kenyataan Masters dan maklumat lanjut mengenai Premier League+ akan diumumkan apabila tiba masanya.

Related Posts

Rashford kembali sertai United, dapat nombor jersi baharu

MARCUS Rashford menerima nombor jersi baharu selepas kembali menyertai Manchester United, perkembangan yang mungkin memberi petunjuk tentang masa depannya bersama kelab itu. Rashford sebelum ini dijangka sudah mengharungi perlawanan terakhirnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

KUCHING – Kontinjen Para SUKMA Sarawak bertekad mempertahankan gelaran juara keseluruhan pada temasya Para SUKMA ke-22 di Selangor, biarpun bakal berdepan cabaran sengit berikutan perubahan had umur atlet. Menteri Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Abdul Hadi keliru, gagal bezakan antara DAP dan PH – Faiz

Abdul Hadi keliru, gagal bezakan antara DAP dan PH – Faiz

Maritim tahan bot bawa lapan penumpang ke Langkawi tanpa kebenaran

Maritim tahan bot bawa lapan penumpang ke Langkawi tanpa kebenaran

Harga minyak dunia diramal terus meningkat

Harga minyak dunia diramal terus meningkat

Banteras salah laku, CEIO Sarawak kini wajib lapor terus kepada UNIONS

Banteras salah laku, CEIO Sarawak kini wajib lapor terus kepada UNIONS

Ketirisan tatakelola ancam kestabilan politik, penjawat awam Sarawak dituntut jaga integriti

Ketirisan tatakelola ancam kestabilan politik, penjawat awam Sarawak dituntut jaga integriti

Penguatkuasaan warga asing perlu lebih bersasar, fokus kawasan ‘hitam’

  • By Fandi
  • August 11, 2026
Penguatkuasaan warga asing perlu lebih bersasar, fokus kawasan ‘hitam’