Ketirisan tatakelola ancam kestabilan politik, penjawat awam Sarawak dituntut jaga integriti

KUCHING – Penjawat awam digesa agar tidak berkompromi dengan sebarang bentuk ketirisan dan salah guna kuasa bagi mengelakkan terhakisnya kepercayaan rakyat terhadap sistem pentadbiran kerajaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya berkata, kepincangan tatakelola bukan sahaja menjejaskan keberkesanan pembangunan negeri, malah berisiko menggugat kestabilan politik.

Beliau menjelaskan, keperluan memperkukuh agenda integriti amat bertepatan dengan fasa pembangunan pesat negeri menerusi Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 yang melibatkan pengurusan dana berskala besar.

“Pelaksanaan projek berimpak tinggi serta pembentukan dasar ekonomi baharu menuntut tahap integriti, ketelusan, akauntabiliti, dan tadbir urus yang lebih tinggi.

“Usaha untuk memastikan penyampaian terbaik dan tadbir urus yang telus tidak boleh terhenti, sebaliknya perlu dilakukan secara berterusan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan setiap ketua jabatan supaya menerima segala teguran Jabatan Audit Negara secara positif ke arah meningkatkan tatakelola dan akauntabiliti agensi masing-masing.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Pemantapan Integriti Tatakelola dan Anti-Rasuah (PINTAR) Negeri Sarawak 2026 anjuran bersama Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) pada Selasa.

Bagi mempertingkat keupayaan mekanisme semak dan imbang, persidangan tersebut turut menampilkan tokoh berprofil tinggi, iaitu mantan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayub Khan bagi berkongsi kepakaran beliau.

Turut diundang sebagai panel ialah wakil Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) dari Bangkok, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, dan wakil Institut Integriti Malaysia.

Turut hadir memberikan sokongan pada persidangan berkenaan ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Related Posts

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

BETONG – Program Sarawakku Sayang Bahagian Betong yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Sukan Betong berjaya menarik seramai 97,225 pengunjung. Program berkenaan turut menghimpunkan 48 agensi yang menawarkan sebanyak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

PUTRAJAYA – UMNO berdepan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi tanggungjawabnya terhadap institusi diraja dan adat Negeri Sembilan sekiranya gagal memainkan peranan menyelesaikan kemelut yang dilihat semakin meruncing dalam negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah