Aduan pemasangan kanopi punca tindakan DBKL, bukan isu dakwah

KUALA LUMPUR – Tindakan penguatkuasaan terhadap tapak Street Dakwah di Bukit Bintang oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diambil selepas menerima aduan orang awam berhubung pemasangan kanopi, bukannya berkaitan isu dakwah di lokasi tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, pasukan penguat kuasa DBKL turun ke tapak untuk meninjau keadaan termasuk dakwaan berlakunya vandalisme.

“DBKL turut menunggu kira-kira 30 minit di lokasi selepas aduan diterima, namun tiada wakil tampil sebelum tindakan lanjut diambil.

“Bahan-bahan (yang dirampas) ini seperti kerusi, meja lipat, khemah, troli beroda juga telah diambil balik oleh Multiracial Reverted Muslims (MRM). Tidak ada bahan agama yang dirampas oleh DBKL,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen PN Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang ingin tahu tindakan penguatkuasaan DBKL terhadap tapak Street Dakwah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini, dengan antaranya merampas barangan dakwah seperti risalah.

Dalam pada itu, Hannah menasihatkan semua pihak supaya sentiasa bersangka baik serta mengelakkan fitnah antara satu sama lain.

Beliau berkata, susulan sentimen yang dimainkan sesetengah pihak, keadaan itu telah memberikan kesan kepada pegawai DBKL yang bertugas pada hari kejadian.

“Pegawai tersebut telah diganggu di akaun Facebook sehingga beliau begitu terkesan dan terpaksa menutup akaun media sosial beliau dan situasi ini yang menyedihkan saya kerana banyak persepsi yang mereka mainkan, ini tidak wajar berlaku.

“Hal ini kerana, apabila pegawai penguat kuasa terima aduan, mereka turun ke padang, mereka kena laksanakan tanggungjawab mereka tanpa rasa takut dan sebagai penjawat awam (mereka bertugas dengan) jujur,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) sentiasa menyokong usaha dakwah, namun perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Berhubung garis panduan atau peraturan untuk aktiviti dakwah, Hannah memaklumkan, DBKL akan bekerjasama dengan agensi berkaitan, terutama yang pakar dalam bidang keagamaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

“(Peranan) DBKL pula melihat lokasi kalau nak pasang kanopi, ada akta yang mereka kena ikut, iaitu Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Jadi, agensi yang berlainan melihat isu berlainan.

“Aktiviti dakwah kalau sampai atas jalan raya yang melibatkan trafik, polis pula yang akan turun. JAKIM lihat juga (aspek) waktu untuk menjalankan aktiviti dakwah tersebut dan satu lagi sama ada aktiviti dakwah itu menyentuh isu sensitiviti agama yang lain ataupun tidak,” katanya.

  • Related Posts

    BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

    PUTRAJAYA – Malaysia mencatat kemajuan memberangsangkan dalam agenda pendigitalan apabila melonjak ke kedudukan ke-13 dunia bagi faktor Infrastruktur Teknologi dalam laporan Indeks Daya Saing Global 2026 yang diterbitkan oleh Institut…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Syabu tawan Pantai Timur, Pendang catat kes dadah tertinggi

    KUALA LUMPUR – Ancaman dadah kekal musuh nombor satu negara, justeru pihak berkuasa terus giat mengambil tindakan daripada pelbagai aspek bagi mengekang masalah itu. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

    Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

    PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

    PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

    Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

    Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

    BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

    BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

    Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

    Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

    Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

    Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat