Landskap politik dinilai semula, ulang tahun ke-35 UMNO Sabah jadi tumpuan

SANDAKAN – Ulang tahun ke-35 UMNO Sabah hadir ketika landskap politik negara berada dalam fasa penilaian semula oleh rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berkata, sambutan tersebut bukan sekadar memperingati perjalanan organisasi, sebaliknya menjadi titik penting dalam menentukan hala tuju parti pada masa depan.

“PRU16 bakal menjadi medan ujian kepada parti-parti politik dalam menawarkan kestabilan yang konsisten, pelan ekonomi yang jelas serta kepimpinan yang berupaya membuat keputusan sukar dalam situasi mencabar.

“Pengundi hari ini lebih kritikal dan bermaklumat serta menilai berdasarkan prestasi.

“Keutamaan UMNO Sabah adalah memperkukuh kedudukan negeri ini dalam agenda nasional, memastikan pembangunan infrastruktur dipercepatkan, menarik pelaburan berkualiti, memperluas peluang pekerjaan dan memperkukuh suara Sabah dalam proses pembuatan dasar Persekutuan,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Menurut Suhaimi, parti itu perlu bergerak sebagai satu pasukan dengan strategi tersusun, mesej yang konsisten serta memberi tumpuan penuh kepada keperluan rakyat.

Tambahnya, UMNO Sabah komited memasuki fasa baharu ini dengan persediaan rapi, pendekatan berfokus dan tekad mengembalikan keyakinan rakyat melalui tindakan yang boleh diukur serta dilaksanakan.

Related Posts

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

SEMPORNA – Jabatan Imigresen Malaysia memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dikehendaki bagi membantu siasatan yang dijalankan oleh Cawangan Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

TAWAU – Generasi muda Malaysia berupaya muncul sebagai inovator bertaraf dunia dengan memperkukuh pendidikan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi