Kerajaan MADANI salur BKK, legakan penjawat awam buat persiapan Aidilfitri

TAWAU – Penjawat awam menyambut baik penyaluran Bantuan Khas Kewangan (BKK) oleh Kerajaan MADANI sebanyak RM500 yang disifatkan tepat pada masanya bagi membantu membuat persiapan menjelang Aidilfitri.

Rata-rata penjawat awam menzahirkan penghargaan atas keprihatinan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus menjaga kebajikan mereka.

Bagi Shahrisal Nordin, 44, yang berkhidmat di Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Tawau, BKK dapat meringankan perbelanjaan harian terutama semasa musim puasa dan persiapan perayaan.

“Keperluan perbelanjaan isi rumah bulan Ramadan kebiasaannya meningkat daripada persediaan berbuka puasa, kelengkapan keluarga, sehinggalah persiapan Aidilfitri.

“Terima kasih Kerajaan MADANI,” katanya kepada wartawan The Malaysia Press, pada Selasa.

Menurut Shahrisal, meskipun bantuan tersebut disambut baik, rata-rata penjawat awam melihat perlunya kerajaan mengimbangi inisiatif jangka pendek dengan langkah lebih tuntas, seperti menstruktur semula pendapatan dan memperkukuh kawalan kos sara hidup.

Sementara itu, Hamadi Mangka, 55, yang bertugas di Jabatan Penyiaran Malaysia RTM Tawau menyifatkan BKK yang diterima membantu merancang perbelanjaan rayanya dengan lebih teratur selain memberi kelegaan kepada keluarga.

“Saya berterima kasih kepada Kerajaan MADANI kerana memahami situasi ekonomi kami Bahagian Pelaksana memandangkan bulan ini Ramadan dan tidak lama lagi hari raya.

“Sudah pasti memerlukan duit atau kewangan yang lebih dalam membuat persediaan menyambut perayaan tersebut seperti saya yang mempunyai empat anak cukup berterima kasih sekurang-kurangnya dapat membantu dalam merancang perbelanjaan,” ujarnya.

Pada Isnin, Jabatan Perkhidmatan Awam dalam kenyataan memaklumkan sebanyak RM500 diberikan kepada semua penjawat awam Gred 15 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan dibayar pada 13 Mac hadapan.

BKK akan turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen dengan bayaran RM250.

Pemberian ini akan dikecualikan daripada cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Untuk rekod, pemberian BKK diumumkan Anwar semasa pembentangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober lepas.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan