Beroperasi tanpa lesen sejak 2025, PGA rampas mesin dan peralatan hampir RM735,000

KUALA KANGSAR – Tindakan sebuah premis yang dipercayai menjalankan aktiviti pemprosesan dan pembuatan perabot tanpa lesen membawa padah apabila diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam satu operasi di kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), di sini, pada Isnin.

Serbuan kira-kira jam 10.30 pagi itu dijalankan menerusi Op Bersepadu Khazanah oleh Pasukan Gerakan Am Briged Utara Ulu Kinta hasil risikan dan maklumat awam.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Balveer Singh Mahinder Singh berkata, pemeriksaan di premis berkenaan membawa kepada rampasan pelbagai mesin dan peralatan yang digunakan untuk memproses serta menghasilkan perabot dengan nilai keseluruhan mencecah RM734,990.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati pemilik premis gagal mengemukakan permit atau lesen sah untuk mendirikan dan mengendalikan kilang perabot seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 3(1) Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1987 Negeri Perak.

“Menerusi operasi tersebut, seorang lelaki warga tempatan berusia 43 tahun yang dipercayai pemilik premis turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal juga mendapati premis itu telah beroperasi sejak awal tahun 2025 tanpa sebarang kelulusan dan lesen sah daripada pihak berkuasa.

“Semakan lanjut mendapati pemilik premis sebelum ini pernah diberikan dua notis peringatan oleh Pejabat Perhutanan Daerah Kuala Kangsar supaya memohon lesen, namun gagal mematuhi arahan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada malam tadi.

Balveer berkata, kes berkenaan telah diserahkan kepada Pejabat Perhutanan Daerah Kuala Kangsar untuk tindakan lanjut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3(1) Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1987 Negeri Perak.

Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar turut mengeluarkan dua kompaun terhadap pemilik premis atas kesalahan tidak mempamerkan papan tanda iklan perniagaan serta tidak memiliki lesen perniagaan yang sah.

Operasi bersepadu itu turut disertai Pejabat Perhutanan Daerah Kuala Kangsar, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) Perak serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar.

Related Posts

Hukuman khidmat masyarakat pesalah syariah perlu diperkasa

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan pandangan supaya hukuman khidmat masyarakat diperkasakan sebagai antara bentuk hukuman alternatif bagi kesalahan jenayah syariah. Bagaimanapun, baginda menegaskan pelaksanaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan reman seorang penjawat awam yang disyaki menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk bahan terlarang ke dalam penjara untuk kegunaan banduan. Perintah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undi awal ‘dibanjiri’ wang, SPR perlu buat siasatan

Undi awal ‘dibanjiri’ wang, SPR perlu buat siasatan

Ramalan Kian Ming pembakar semangat kepada calon PH – Fahmi

Ramalan Kian Ming pembakar semangat kepada calon PH – Fahmi

Hukuman khidmat masyarakat pesalah syariah perlu diperkasa

Hukuman khidmat masyarakat pesalah syariah perlu diperkasa

Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

  • By Aden
  • July 28, 2026
Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor