11,271 penjawat awam Perak terima ‘duit raya’ RM1,500

IPOH– Seramai 11,271 penjawat awam negeri Perak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM1,500 seorang yang akan mula diagihkan pada 16 Mac depan.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama Penjawat Awam Perak di Laman Seri Ridzuan, di sini, pada Isnin.

Menurutnya, pemberian berkenaan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM16.89 juta dan merangkumi kakitangan tetap, ahli-ahli ex-officio, Orang Besar Jajahan, guru lantikan negeri, pegawai lantikan kontrak serta lantikan MySTEP.

“Kita (kerajaan negeri) bukanlah lokek sangat. Tetapi seperti yang saya sebutkan, kita akan terus bekerja kuat supaya hasil negeri terus meningkat.

“Oleh itu, pembayaran BKK Hari Raya akan diberikan pada kadar RM1,500 seorang termasuk kepada ex-officio,” katanya.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Muhammad Zahir Abdul Khalid dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Dalam pada itu, Saarani turut mengumumkan bahawa BKK berkenaan dipanjangkan kepada guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dengan kadar RM500 seorang.

Untuk rekod, pada tahun lalu kerajaan negeri mengumumkan BKK Aidilfitri sebanyak RM1,500 kepada 13,582 penjawat awam dengan implikasi kewangan berjumlah RM10 juta.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan