Tiga individu termasuk remaja wanita warga asing dicekup edar dadah di Kuching

KUCHING – Padah terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah, tiga individu termasuk seorang remaja wanita warga asing diberkas polis dalam tiga serbuan berasingan di sekitar daerah ini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, ketiga-tiga serbuan tersebut dijalankan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

Menurut beliau, dalam serbuan pertama pada jam 12.45 tengah hari di sebuah rumah di Jalan Nanas Barat, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun.

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek telah menjumpai 40 biji pil disyaki Erimin 5 (12.28 gram) dan 10 peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki ketamin (5.40 gram).

“Nilai pasaran keseluruhan dadah yang dirampas dalam serbuan ini dianggarkan bernilai RM1,880,” katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad.

Bagi serbuan kedua yang dilakukan pada jam 1.30 tengah hari di Jalan Astana, Petra Jaya pula, polis berjaya menahan seorang lagi lelaki tempatan berumur 28 tahun.

Pemeriksaan menemukan sembilan peket plastik pelbagai saiz disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine seberat 5.50 gram yang dianggarkan bernilai RM605.

Sementara itu, Alexson memberitahu, serbuan ketiga pada jam 2.05 petang di sebuah rumah di Jalan Green membawa kepada penahanan seorang remaja perempuan warga asing berusia 19 tahun.

Bersama suspek, polis merampas satu paket dadah disyaki methamphetamine seberat 5.70 gram bernilai RM627.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis ketamin, benzo, amphetamine dan methamphetamine. Semakan rekod mendapati suspek kedua mempunyai empat rekod jenayah lampau manakala dua lagi suspek tiada rekod jenayah.

“Ketiga-tiga suspek kini direman selama empat hari bermula 23 hingga 26 Februari bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun serta sebatan antara tiga hingga sembilan kali, jika sabit kesalahan,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau mengulangi komitmen JSJN dalam memerangi musuh nombor satu negara dan menegaskan bahawa pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah diseru untuk tampil menyalurkan maklumat menerusi Hotline JSJN di talian 012-208 7222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak di talian 017-592 9211.

Related Posts

BMW dipandu warga asing tanpa lesen sah disita JPJ

ARAU – Sebuah kereta mewah jenis BMW 523i E60 yang dipandu seorang lelaki warga asing disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis selepas dikesan melakukan beberapa kesalahan jalan raya, semalam. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JIM Perlis gempur Arau, Beseri dan Kangar, 11 warga Bangladesh dicekup

KANGAR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis menggempur beberapa lokasi di Arau, Beseri dan Kangar sebelum menahan 11 lelaki warga Bangladesh dalam Operasi Mega Bersepadu (Ops Mega) yang dilaksanakan serentak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kritikan slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’, cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Kritikan slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’, cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

Kerajaan jamin bekalan makanan negara mencukupi, stok beras tahan enam bulan

Kerajaan jamin bekalan makanan negara mencukupi, stok beras tahan enam bulan

Lebih 219,000 pemegang kad UNHCR berdaftar, kerajaan perketat pengurusan pelarian

Lebih 219,000 pemegang kad UNHCR berdaftar, kerajaan perketat pengurusan pelarian

SPRM kemuka enam syor perkukuh tatakelola bantuan rumah ibadat bukan Islam

SPRM kemuka enam syor perkukuh tatakelola bantuan rumah ibadat bukan Islam