Ejen judi ‘online’ ditahan dalam Op Dadu di Saratok

SARATOK – Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Saratok berjaya menahan seorang lelaki tempatan dalam satu operasi khas Op Dadu yang dijalankan di sebuah pondok di jalan Roban-Kabong, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, operasi yang dilaksanakan kira-kira jam 5.25 petang adalah hasil risikan berkaitan aktiviti perjudian haram di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, suspek berusia 28 tahun yang berasal dari Kabong ditahan ketika berada bersendirian di hadapan sebuah rumah panjang berhampiran lokasi serbuan.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati suspek dipercayai terlibat sebagai ejen jualan tambah nilai judi dalam talian di sekitar Simpang Sungai Pasir, Kabong.

“Polis turut merampas sebuah telefon pintar dan wang tunai berjumlah RM40,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Siasatan awal mendapati suspek yang bekerja sebagai buruh dan mempunyai dua orang anak itu mengaku menjalankan kegiatan tersebut sebagai sumber pendapatan sampingan sejak seminggu lalu.

Dia dipercayai menyasarkan pelanggan yang melalui jalan Sungai Pasir serta penduduk setempat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Tambah Mathew, pihak polis akan terus mempergiatkan operasi membanteras aktiviti perjudian haram di daerah ini dan menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang bentuk kegiatan yang menyalahi undang-undang.

“Kerjasama masyarakat amat penting dalam menyalurkan maklumat bagi memastikan aktiviti perjudian haram dapat dibanteras sepenuhnya,” tegas beliau.

Kes selesai dan tindakan lanjut sedang diambil pihak polis.

Related Posts

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

KOTA KINABALU – Senator Datuk Phoong Jin Zhe menegaskan pendirian bahawa Sabah tidak seharusnya menjadi destinasi pelancongan bagi ‘scammer’ antarabangsa sehingga menjejaskan imej negeri. Beliau berkata, ia susulan peningkatan berkaitan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

ALOR SETAR – Laluan air sungai Sedim di Kulim dekat sini dikenal pasti sebagai lokasi paling kerap dilanda kepala air di Kedah apabila lima daripada 11 insiden yang direkodkan sejak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos